BTC USD 83,764.2 Gold USD 4,345.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Persoalan mengenai solat terawih

rasanya bole, tp jangan la dlm 1 surau ada 2-3 jemaah isyak atau terawih
 
kalau time tu imam tengah solat terawih..tp kite join jemaah solat isya' boleh kan? aku mushkil jg ni...:D

pernah terjadi dimana aku tepuk bahu org solat sunat. aku ingat subuh.

aku tanya ustaz, boleh katanya sbb tak tahu. kita sangka dia solat isyak rupanya sunat terawikh.

awas jgn lebih2 tentang solat terawikh, nabi larang org utamakan berjemaah terawikh sebb ianya hanya solat sunat. boleh buat sendirian dirumah.

solat subuh berjemaah lebih dituntut manakala solat sunan terawikh bukan tuntutan.:)
 

Berapakah Rakaat Terawih Nabi Sebenarnya? Ini Jawapan Yang Jelas!​

Tahukah anda bagaimana solat terawih bermula pada zaman Rasulullah?
Adakah ia dilakukan secara berjemaah setiap malam atau hanya bersendirian?
Dalam video ini, kita akan kupas sejarah awal solat terawih dan bagaimana ia berkembang pada zaman sahabat.

Tonton video ini sampai habis untuk faham kisah sebenar solat terawih zaman Nabi!
Jangan lupa tinggalkan komen di bawah – berapa rakaat terawih yang anda biasa lakukan setiap Ramadan? 😊👇

 

Berapakah Rakaat Terawih Nabi Sebenarnya? Ini Jawapan Yang Jelas!​

Tahukah anda bagaimana solat terawih bermula pada zaman Rasulullah?
Adakah ia dilakukan secara berjemaah setiap malam atau hanya bersendirian?
Dalam video ini, kita akan kupas sejarah awal solat terawih dan bagaimana ia berkembang pada zaman sahabat.

Tonton video ini sampai habis untuk faham kisah sebenar solat terawih zaman Nabi!
Jangan lupa tinggalkan komen di bawah – berapa rakaat terawih yang anda biasa lakukan setiap Ramadan? 😊👇



mlm ni nk buat 2 rakaat dh la..
sebab dh de ilmu.. :ROFLMAO:
 
Sunnah melewatkan solat tarawih

115403-E7-6-E88-4-B41-80-E1-D63-BADA7-FB02.jpg
 

Tak Cukup 20 Rakaat, Tak Jadi Terawih? Ramai Masih Salah Faham!​

Betulkah kalau solat Terawih tak cukup 20 rakaat, maka tak jadi Terawih?

Ramai yang masih keliru dan ada juga yang terus menghukum. Dalam video ini kita akan bincangkan dalil dan pandangan ulama tentang jumlah rakaat solat Terawih.

Kita akan sentuh hadis daripada Aisyah binti Abu Bakar RA serta amalan para sahabat di zaman Umar bin al-Khattab RA.
Tonton sampai habis supaya kita tidak tersalah faham dan tidak mudah menghukum sesama Muslim.

 
Aku share sikit tentang ibadat yang sia-sia..

Adapun menarik utk kita faham, benda apa yg kita nak ?

Sebab bila masuk bulan ramadan kita nak kena baiki diri, tp nak baiki diri mcm mana ? klo terkejar2 buat itu ini.. kemudian syok sendiri, atau nak menunjuk, atau sekadar nak kongsi kata kita ni berjaya.. Ianya x begitu sampai tujuan ramadan itu sendiri..

aku yg kongsi ni pun xda baik mana, just nk bg tahu bahawa :

Apa benda yg kita nak sebenarnya ?

---

Ibadat Yang Sia-Sia

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَكَمْ مِنْ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ

Daripada Abu Hurairah berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Berapa ramai orang yang berpuasa, namun tidak memperoleh pahala puasanya kecuali lapar, dan berapa ramai orang yang mendirikan solat malam, namun tidak memperoleh pahala solat malamnya kecuali berjaga malam (menyengkang mata)." (HR Ahmad No: 9308) Status Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Puasa dan solat merupakan ibadat mendekatkan hamba kepada Allah.

2. Puasa dan solat hendaklah dilaksanakan dengan sempurna dan ikhlas.

3. Bagi mereka yang berpuasa, ia bukan sekadar meninggalkan makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa malah perlu meninggalkan perkataan dan perbuatan yang keji atau dusta.

4. Menurut Ibn Rajab, orang yang hanya mendapat lapar ialah mereka yang berpuasa namun;

• Tidak menjaga lidah daripada dusta dan mengumpat,
• Tidak menjaga pandangan dan pendengaran daripada maksiat,
• Berpuasa secara zahir tetapi tidak berpuasa secara batin.

5. Terdapat sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW:

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّوْرِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلّٰهِ حَاجَةٌ أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَه

“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan keji (dusta) serta mengamalkannya, maka Allah tidak berhajat orang itu meninggalkan makan dan minumnya”. (HR Bukhari No: 1770)

6. Di dalam Syarah Miskkah al-Masabih, qiam seseorang itu menjadi sia-sia apabila hilangnya dua syarat iaitu ikhlas dan khusyu’. (Lihat: Mir’ah al-Mafatih, 6/1053) Tambahan pula, riya’ juga boleh menyebabkan qiam seseorang itu boleh menjadi sia-sia.

7. Ibadat yang tidak sempurna dan tidak ikhlas akan menyebabkan ibadat puasa hanya mendapat lapar dan dahaga, ibadat solat malam hanya sekadar bersengkang mata.

Moga Ibadat dilakukan dengan sempurna mengikut syarat dan rukun di samping keikhlasan melaksanakan.
 
Back
Top
Log in Register