dhiaperfumes
CG Top Poster Club

- Messages
- 41,571
- Joined
- Nov 12, 2009
- Messages
- 41,571
- Reaction score
- 63
- Points
- 120
Konsert sulung Mizz Nina, Around The World With Mizz Nina di KL Live Centre, Kuala Lumpur, Sabtu lalu, mendapat pujian ramai yang menyifatkan ia adalah sebuah persembahan bertaraf antarabangsa kerana setiap aspek merangkumi kepadatan muzik, gerak tari, nyanyian, kandungan persembahan serta fesyen berjaya ditonjolkan dengan baik.
Tampil mengenakan kostum futuristic rekaan pereka terkemuka dari negara jiran Thailand, Wonder Anatomie, Mizz Nina telah mendendangkan 14 buah lagu antaranya adalah "Just Do It", "Away With You", "Sri Kandi", What You Waiting For" serta lagu terbarunya yang menampilkan penyanyi Korea terkenal, Jay Park, "Around The World".
Selepas segmen 'intermission' Nina tampil dengan persalinan 'funky' mengimbau kembali ketika bersama kumpulan Teh Tarik Crew bersama Dj Fuzz, Altimet dan Taufiq sekitar 1990an. Mereka menghangatkan pentas melalui lagu "Doo It!".
Nina kemudiannya menyampaikan lagu "Let Me See You Get It" sebelum sekali lagi memberi laluan kepada segmen 'intermission' yang mengubah suasana konsert dari bertenaga ke suasana romantik apabila Noh Salleh yang juga suami kepada Mizz Nina, muncul di pentas sambil memberi kucupan di dahi isterinya dan mereka kemudiannya menyampaikan lagu "Kurnia".
Mizz Nina turut menampilkan suaminya, Noh Salleh dari Hujan dan pasangan ini mempersembahkan lagu duet mereka, "Kurnia" dalam suasana romantik.
Kehadiran Jay Park menggamatkan suasana konsert dan penyanyi berusia 26 tahun itu turut mempersembahkan dua lagu terbarunya, "Girlfriend" dan "Nothing Of You".
Selain daripada Noh dan Jay Park, Mizz Nina turut mengimbau kembali tahun 1990-an dengan menampilkan kumpulan Teh Tarik Crew yang pernah disertainya satu ketika dulu serta bekas vokali Ahli Fikir, Mawar Berduri.
Jay Park turut memperdengarkan single terbarunya, "Girlfriend" dan "Joah".
Konsert berdurasi hampir dua jam itu telah dihadiri hampir 1,500 orang dan Mizz Nina, 32, nyata berpuas hati kerana ia mendapat sokongan peminat.
"Saya sangat gembira dan berpuas hati. Sebelum ini saya rasa takut dan gementar dengan sambutan peminat, tapi kini saya boleh menarik nafas lega.
"Alhamdulillah, kita boleh lihat ramai yang hadir dan ia tidak dijangka oleh saya. Saya harap semua peminat terhibur dengan setiap persembahan yang saya tampilkan," ujarnya.