BTC USD 83,098.5 Gold USD 4,190.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ganggu persembahan Afgan, wanita ugut terjun

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,073
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,073
Reaction score
40
Points
40

Ganggu persembahan Afgan, wanita ugut terjun​

afgan.jpeg

SEORANG wanita mengugut terjun dari aras dua sebuah premis beli-belah selepas dihalang mengganggu persembahan Afgan.

GANGGU PERSEMBAHAN AFGAN, WANITA UGUT TERJUN GARA-GARA dihalang daripada mengganggu persembahan penyanyi Afgan, seorang wanita didakwa mengugut terjun dari aras dua sebuah pusat beli-belah di Jakarta, Indonesia dalam kejadian kelmarin.

Insiden yang mencetuskan kekecohan itu bermula apabila individu terbabit membawa pembesar bunyi peribadi serta mikrofon sendiri ke premis acara membabitkan penyanyi tersebut.

Tindakan bercakap menerusi pembesar suara hingga mengganggu acara yang berlangsung di ruang bawah mengundang pengawal keselamatan bertindak bersemuka dengannya.

Begitupun, dia enggan memberi kerjasama, sekali gus mendorong petugas terbabit untuk merampas peralatan yang dibawanya.

Namun keadaan semakin tidak terkawal apabila individu itu bertindak agresif seolah-olah mahu terjun bersama peti pembesar suara tetapi dapat dihalang dengan pantas.

Afgan yang menghentikan persembahan ketika kekecohan berlaku kemudian meneruskan aksinya.

Malah sehingga kini tidak dapat dipastikan motif individu tersebut berbuat sedemikan serta tindakan yang diambil pihak berkuasa terhadapnya. – KOSMO! ONLINE

==============================

Ala kak, dahsyat betul sampai nak terjun2. Mungkin dia fans tegar kot. Baca latest post Afgan, masih cool beraksi, dengar2 dia rest kot lepas ni? Haha drama fans over sangat kadang2!

 
Back
Top
Log in Register