BTC USD 82,932.5 Gold USD 4,155.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Persediaan Awal Sebelum Bersara

easicircle

Fun Poster
Messages
402
Joined
May 27, 2014
Messages
402
Reaction score
83
Points
20
Kurangnya kesedaran tentang persediaan kewangan awal sebelum bersara berkemungkinan besar akan mengakibatkan ramai rakyat Malaysia tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi selepas bersara.

Rata-rata individu tidak mementingkan untuk memulakan simpanan awal sebelum menjangkau usia persaraan. Menjadikan faktor usia yang masih muda dan terlalu awal untuk mula menyimpan secara tidak langsung menjadi punca sumber kewangan semasa bersara tidak mencukupi.

Statistik daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menunjukkan hanya 18 peratus ahli yang mencapai sasaran minimum yang ditetapkan KWSP, iaitu sebanyak RM228,000 pada usia 55 tahun.

Dengan andaian jangka hayat rakyat Malaysia seseorang itu memerlukan sumber kewangan yang mencukupi sekurang-kurangnya 20 tahun selepas persaraan demi menampung kos sara hidup.

Manakala, menjelang 2035 pula jumlah penduduk berusia lebih daripada 65 orang akan menjadi 15 peratus daripada jumlah penduduk keseluruhan. Perangkaan ini akan menjadikan Malaysia sebagai negara yang meningkat dewasa dan bakal mencapai status negara tua. Hal ini, amat membimbangkan sekiranya masih ramai individu tidak lakukan persediaan awal demi menjamin kewangan kukuh semasa bersara.

Kebanyakan individu hanya bergantung harap pada Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai simpanan persaraan mereka. Walaupun, statistik sehingga 2015 menunjukkan bahawa lebih daripada 68 peratus ahli KWSP berusia 54 tahun mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam simpanan mereka.

Bersedia untuk bersara beerti mempunyai ada jaminan kewangan. Maka adalah penting untuk seseorang individu mencari alternatif lain seperti mencarumkan diri dengan Skim Persaraan Swasta (PRS) sebagai persediaan sebelum bersara. Mulakan simpanan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada gaji setiap bulan secara konsisten hingga sampai ke tempoh persaraan.

Simpanan tambahan melalui PRS sekurang-kurangnya dapat membantu meningkatkan jumlah simpanan anda sebanyak 33 peratus setelah ditambah dengan caruman KWSP anda dan majikan. Masih belum terlambat untuk anda membuat persediaan awal bersara. Mulakan simpanan anda sekarang untuk masa depan yang lebih cerah.
 
Last edited:
Dividen ciput, setahun 5-6 % mana nak cukup.
Nak suruh menyimpan, gaji rendah, barang kian mahal.
Kalau betul nak tolong rakyat, bagi dividen asb, epf 10% setahun.
Boleh bersara dah.
 
Dividen ciput, setahun 5-6 % mana nak cukup.
Nak suruh menyimpan, gaji rendah, barang kian mahal.
Kalau betul nak tolong rakyat, bagi dividen asb, epf 10% setahun.
Boleh bersara dah.

Dapat 10% memang membantu ... Tapi memang sekadar impian sahaja la huhu

Tak tau la tahun ni macam mana ...
 
Pada pendapat saya ...

Ini bergantung juga pada tahap perbelanjaan dan nafsu masing2 ...

Dah biasa gaji RM5k ... Dah pencen pun buat macam tu juga ... Cuba lepas pencen buat macam gaji RM2k saja ... InshaAllah cukup ...
 
Saya setuju dengan pendapat anda. Banyak atau kecil gaji kita sendiri kena pandai menguruskan perbelanjaan dengan baik. Apapun perlu menyimpan di awal usia kerana sebagai persediaan jika selepas pencen memerlukan sumber kewangan tambahan kerana memerlukan untuk menampung kos rawatan kesihatan.
 
Kena Ada habit menabung Dari usia bayi, ini mak.. ayah kena uruskan, bila meningkat remaja kena belajar ilmu mengurus kewangan Dan pelaburan, bila dewasa Dan Mula kerja.. kena teruskan habit menabung Dan melabur Dan terus belajar ilmu kewangan..belanja dibawah kemampuan.. elakkan perangkap pemangsa kewangan. Elakkan berhutang tanpa kawalan. Boleh bersara dengan Aman.
 
saya cadangkan kwsp wujudkan/kuatkuasakan skim annuiti
bila sampai umur persaraan hanya caruman pekerja sahaja dibenarkan keluar penuh
caruman majikan dibayar secara bulanan mcm pencen
sekurang-kurangnya ada wang sara hidup tiap2 bulan bagi yang dah capai umur berpencen.
amalan sekarang bila pencarum boleh keluar 100% wang dalam kwsp menyebabkan kebanyakan mereka habiskan duit tu hanya dalam tempoh kurang 5 tahun
 
Saya sangat setuju dengan pendapat anda. Kebanyakan golong muda sekarang tahap celik kewangan mereka masih rendah. Tidak tahu bagaimana untuk uruskan kewangan dan mulakan simpanan seawal usia mungkin kerana tiada pendedahan awal oleh ibu bapa dan dis eolah-sekolah serta institusi pengajian tinggi.
 
saya cadangkan kwsp wujudkan/kuatkuasakan skim annuiti
bila sampai umur persaraan hanya caruman pekerja sahaja dibenarkan keluar penuh
caruman majikan dibayar secara bulanan mcm pencen
sekurang-kurangnya ada wang sara hidup tiap2 bulan bagi yang dah capai umur berpencen.
amalan sekarang bila pencarum boleh keluar 100% wang dalam kwsp menyebabkan kebanyakan mereka habiskan duit tu hanya dalam tempoh kurang 5 tahun

Setuju dengan cadangan ini tapi perlu ada kajian terperinci kerana jumlah simpanan yang berbeza bagi setiap pencarum pada umur 55 tahun mungkin agak menyukarkan penguatkuasaan kaedah ini.

Menurut kwsp sehingga 2015, lebih daripada dua pertiga (68 peratus) ahli KWSP berusia 54 tahun mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam simpanan mereka. Tersasar dengan jumlah asas RM228,000 yang ditetapkan oleh kwsp cukup untuk menampung perbelanjaan asas selama 20 tahun. Hanya 18% pencarum yang berjaya mencapai jumlah simpanan asas tersebut.
 
50K ... macam mana la tu :(

228K ... katakan dapat dividen purata dalam 6%+-, dan kata kan umur dah 50 tahun. Sefaham saya, dividen akan dapat sehingga umur 100 tahun untuk KWSP, jadi setahun dari dividen dapat RM13K+-, 13K/12 = RN 1K+- sebulan. Cukupkah tuan/puan?
 
Back
Top
Log in Register