BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perpustakaan Anggerik Aranda MBSA seksyen 19 Shah Alam kini dibuka

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,545
Top Poster #10
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,545
Reaction score
4,820
Points
266
perpustakaan-aranda-960x640.jpg

Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Haris Kasim menandatangani plak pada Majlis Perasmian Perpustakaan Anggerik Aranda MBSA, Jalan Nelayan Seksyen 19, Shah Alam.22 Oktober 2019. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI.
PBTSELANGOR


OLEH ALIFF HAIKAL
SHAH ALAM, 22 OKT: Perpustakaan Anggerik Aranda Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kini dibuka kepada orang awam secara rasminya hari ini.
Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Haris Kasim berkata, majlis perasmian itu diadakan bersempena sambutan Hari Bandar Raya Shah Alam ke-19.
“Penubuhan perpustakaan ini bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada penduduk khususnya golongan pelajar dan kanak-kanak.

perpustakaan-remy-500x333.jpg

Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Haris Kasim bergambar di ruang perpustakaan pada Majlis Perasmian Perpustakaan Anggerik Aranda MBSA, Jalan Nelayan Seksyen 19, Shah Alam.22 Oktober 2019. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI.

“Melalui inisiatif kerajaan negeri ini, kita dapat menggalakkan (mereka) untuk menjadikan aktiviti membaca sebagai satu budaya dan memanfaatkan perpustakaan ini untuk memenuhi masa lapang,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Perasmian Perpustakaan Anggerik Aranda MBSA Seksyen 19, di sini, hari ini.
Perpustakaan ini menyediakan perkhidmatan seperti sumber ilmu dan bahan bacaan, sudut komputer, wifi dan surau.
Antara pengisian aktiviti pada majlis perasmian adalah demonstrasi menanam pokok, pertandingan mewarna dan pertandingan menyusun LEGO.

perpustakaan-aranda-remhy-500x333.jpg

Perpustakaan Anggerik Aranda MBSA, Jalan Nelayan Seksyen 19, Shah Alam.22 Oktober 2019. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI.

Haris berkata, sebanyak 6,000 buku tempatan dan luar negara disediakan sebagai bahan bacaan dan rujukan untuk pelbagai peringkat umur kepada pengunjung perpustakaan.
“Bagi pengunjung yang berminat untuk mendapatkan keahlian perpustakaan, kadar yuran yang dikenakan untuk orang awam kategori dewasa (RM15), remaja (RM10), kanak-kanak (RM5) dan tiada yuran dikenakan kepada Golongan Kelainan Upaya (OKU).

“MBSA turut memberikan keahlian percuma kepada orang ramai sepanjang Oktober ini,” katanya.
Terdahulu, hadir sama, EXCO Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail.

sumber - https://selangorkini.my/2019/10/perpustakaan-anggerik-aranda-mbsa-kini-dibuka/
 
Back
Top
Log in Register