BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perpecahan Melayu kurangkan rasa hormat, keyakinan parti di Sabah, Sarawak, kata Khaled

afwan83

Active+ Member
Messages
3,226
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,226
Reaction score
12
Points
25

Perpecahan Melayu kurangkan rasa hormat, keyakinan parti di Sabah, Sarawak, kata Khaled​

6bc4ef9b-4812-499a-ae18-0f68620aaa71-Khaled-Nordin-fmt-120926-1.jpg

Naib Presiden Umno Khaled Nordin kata kuasa politik Melayu yang ‘bercempera’ mempamerkan kelemahan parti Melayu di Semenanjung sebagai pemerintah yang berwibawa.

Beliau berkata kuasa politik Melayu yang ‘bercempera’, ‘berantakan’ dan ‘berpecah’ mempamerkan kelemahan parti Melayu di Semenanjung sebagai pemerintah yang berwibawa dan berprestasi.

“Jika kita tidak boleh mengurus Melayu dengan baik, bagaimana kita akan meyakinkan rakan kita di Sabah dan Sarawak untuk terus yakin dengan kita bagi menerajui pemerintahan Malaysia?” katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Umno 2026, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Khaled berkata kelemahan ini akan melunturkan kelayakan dan kelebihan parti Melayu di Semenanjung selaku nakhoda dan pengemudi pembangunan Malaysia.

“Mereka (rakyat Sabah dan Sarawak) sudah pasti berhak bertanya, apakah masih mesti orang Semenanjung yang terus diberikan kelebihan dalam memandu dan memaju Malaysia?

“Apatah lagi kedua-dua wilayah itu kini sangat stabil, sangat bersatu padu dan sedang menunjukkan prestasi yang baik.”

Menurut Khaled, mengembalikan penyatuan Melayu bererti mengembalikan keyakinan wilayah Sabah dan Sarawak bahawa Semenanjung berada dalam keadaan baik, saling menyokong dan layak untuk terus menjadi pengemudi pembangunan Malaysia.

“Atas dasar itulah kita mesti menjayakan penyatuan Melayu,” katanya.

Isu keyakinan Sabah dan Sarawak menjadi perhatian pada PAU 2026 apabila Timbalan Presiden Mohamad Hasan berkata kedua-dua wilayah itu kini menjadi ‘kuasa penentu’, dan Umno memerlukan keyakinan mereka untuk membentuk kerajaan.

Sementara itu, Khaled mengumumkan usul menaikkan had umur keahlian Puteri Umno kepada 40 tahun akan diputuskan selepas PRU16, kerana perkara itu perlu dilihat secara menyeluruh termasuk kesannya terhadap Wanita dan parti.
 
Back
Top
Log in Register