BTC USD 63,599.2 Gold USD 4,342.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perompak mati tendang pintu kaca

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
Petaling Jaya: Tindakan seorang perompak menendang pintu kaca sebuah syarikat guaman di SS2, Taman Sea, di sini, mengundang padah apabila dia bukan saja kehilangan banyak darah, malah mati tidak sampai sejam kemudian.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi semalam, suspek berusia 40-an dan berasal dari Muar, Johor itu dipercayai cuba memecah masuk pejabat itu bersendirian.


Sumber polis berkata, suspek yang membawa pelbagai peralatan memecah masuk premis dikatakan menendang pintu kaca premis menggunakan kaki kanannya menyebabkan kakinya tertusuk kaca.

“Suspek yang mengalami pendarahan serius kemudiannya berjalan sejauh kira-kira 80 meter dari premis itu dipercayai bagi mendapatkan bantuan sebelum tidak sedarkan diri.


“Lelaki terbabit ditemui orang awam sebelum kejadian itu dimaklumkan kepada pihak berkuasa. Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital, namun disahkan maut ketika dalam perjalanan,” katanya.


Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Fadil Marcus ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut.



sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Perompakmatitendangpintukaca/Article?mutakhir
 
sadis... salah langkah ni...
 
tak pasal2 mati sia2 aje.
 
Semoga yg laain diluar sana dgn niat sama insaf.... byk sgt kes skrg....
 
kaca pintu mesti la tebal

silap langkah memang tu la padahnya

moga dosa dia diampunkan
 
Back
Top
Log in Register