BTC USD 80,709.0 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perompak mati di hotel

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KAJANG - Keseronokan dua penjenayah yang dapat melarikan barangan kemas bernilai RM150,000 di sebuah kedai emas di Taman Connaught, Cheras Isnin lalu tidak bertahan lama apabila mereka mati ditembak polis semalam.

Lebih malang kedua-dua suspek rakyat tempatan itu dipercayai belum sempat berjoli dengan hasil rompakan tersebut.

Kedua-dua suspek berusia 29 dan 43 tahun itu mati selepas mereka ditembak pada pukul 2.30 petang di sebuah bilik hotel di Taman Jasmin di sini oleh sepasukan polis dari Cawangan Jenayah Berat Kuala Lumpur yang diketuai oleh Supritendan Shahadan Jaafar dalam Ops Zone Api.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, ketika sampai di sebuah bilik di tingkat satu hotel tersebut, kedua-dua suspek melepaskan dua das tembakan ke arah polis.

"Melihat tindakan agresif suspek itu, polis membalas dengan lima das tembakan menyebabkan kedua-dua suspek itu mati," kata beliau di sini semalam.

Menurut beliau, polis kemudian merampas dua pucuk pistol dan sebuah kereta Honda Civic berwarna kelabu yang digunakan suspek semasa melakukan rompakan di Taman Connaught.
 
Back
Top
Log in Register