BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bapa tempah hotel, cekik 2 anak sampai mati

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,195
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,195
Reaction score
346
Points
141

Bapa tempah hotel, cekik 2 anak sampai mati​

cekik-anak-dalam-hotel-2.jpeg

Dua kanak-kanak perempuan ditemui mati di bilik sebuah hotel di Bengaluru, India baru-baru ini. - India Today

NEW DELHI – Seorang lelaki nekad mengelar leher sendiri selepas membunuh dua anak perempuannya di sebuah bilik hotel bertaraf lima bintang dalam kejadian di bandar Bengaluru dalam negeri Karnataka, barat daya India, lapor stesen penyiaran NDTV.

Suspek dikenali sebagai Imran, 40, ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan kelar pada leher di dalam tandas.

Dua anak perempuannya yang masing-masing berumur lima dan 10 tahun pula ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa di atas katil semalam.

Susulan penemuan mengejutkan itu, kakitangan hotel membawa imran ke hospital berdekatan  untuk rawatan lanjut.

Polis berkata, Imran mengesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

“Saya tidak mahu anak-anak saya membesar dengan ibu seperti dia, jadi saya nekad membunuh mereka dan mengambil nyawa sendiri,” kata polis memetik kenyataan suspek.

Dia didakwa mencekik kedua-dua anak perempuannya sehingga mati sebelum mengelar lehernya sendiri.

“Kami akan mengambil tindakan lanjut dan melancarkan siasatan untuk mengetahui motif sebenar,” kata Timbalan Pesuruhjaya Polis, Mithun Kumar. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register