BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perompak guna bunga sebagai senjata

demise_u

Super Active Member
Messages
6,049
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
CHELSEA - Polis di Amerika Syarikat (AS) kini menyiasat seorang perompak romantik yang menggunakan jambangan bunga berwarna-warni sebagai senjata untuk merompak bank, lapor sebuah akhbar semalam.

Pada Khamis lalu, perompak itu yang memakai seluar jean, baju-T biru dan tidak bertopeng memasuki sebuah bank di sini sambil membawa sejambak bunga pelbagai warna pada waktu pagi.

Semasa gilirannya berjumpa dengan kerani kaunter bank berkenaan, lelaki tersebut memegang jambangan bunga itu yang mengandungi sekeping nota: "Serahkan semua wang kertas seratus dan lima puluh, jangan cuba untuk menjadi wira".

Setelah menyamun AS$440 (RM1,419), dia meletakkan bunga tersebut di kaunter juruwang dan melarikan diri.

Jambangan tersebut yang mengandungi bunga kekwa kuning, daisi merah dan oren dan beberapa bunga lain kini diperiksa oleh pasukan forensik polis.

Seminggu sebelum itu, suspek yang menggunakan taktik serupa merompak AS$2,325 (RM7,499) dari sebuah lagi bank. - Agensi
Sumber dan gambar sini
 
biasa orang merompak cara ganas..
ni pula cara romantik..
cair staff bank tu.
 
mmg style la...lemah lembot n feminin je pi merompak..ahhaha
 
memang mat bunga2 lah perompak tu...:))
 
mmg kretip dan inobatip...
 
ha ha kreatif la mat bunga nie..ha ha lepas nie kalau kat malaysia ada yg bawa bunga kat bank mensti kena tangkap
 
Back
Top
Log in Register