BTC USD 80,890.0 Gold USD 4,145.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perompak ditangkap kerana muka

W810

Active Member
Messages
1,644
Joined
Apr 20, 2009
Messages
1,644
Reaction score
31
Points
30
du_041.jpg
MCNELLY
du_042.jpg
MILLER

CHICAGO - Dua lelaki di Amerika Syarikat (AS) ditangkap polis di Caroll, Iowa selepas polis tanpa ragu lagi mengenal pasti mereka sebagai perompak kerana muka kedua-duanya diconteng dengan pen, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian berlaku pada malam Jumaat lalu apabila Matthew Allan McNelly, 23, dan Joey Lee Miller, 20, cuba memecah masuk sebuah apartmen di Carroll, 596 kilometer dari Chicago.

Seorang saksi yang terlihat mereka segera menghubungi polis dan memaklumkan dua suspek itu yang muka mereka diconteng menaiki sebuah kereta berwarna putih.

Polis kemudian menahan kereta itu dan mendapati terdapat dua lelaki yang muka mereka diconteng. Muka McNelly mempunyai contengan seperti janggut.

Muka rakannya, Miller diconteng dekat mata seperti seorang anggota kumpulan rock terkenal, Kiss.

Kedua-dua mereka yang dituduh cuba melakukan rompakan dibebaskan dengan ikat jamin dan akan dibicarakan pada bulan depan. - Agensi
 
x sempat padam la tu...
yg conteng muka tu apahal...kan dah senang org nak cam...
 
tu la orang dah kata jangan menconteng muka tak percaya
 
conteng pakai pen marker jer lak tuh..pakai aa spray ker cat ker..mcm ultimate warrior..baru aa ganaz nak merompak
 
bijak punya perompak...
bagus...senang cikit untuk diberkas..
hua3x:)):))..
padan muka!!!
 
Back
Top
Log in Register