InstaForexRebat
CG Hardcore Club

- Messages
- 58,370
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 58,370
- Reaction score
- 5,557
- Points
- 721
KUALA LUMPUR 6 Feb. – Maxis Berhad mencatatkan penurunan perolehan sebanyak lapan peratus kepada RM8.4 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014, berbanding RM9.1 bilion bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Morten Lundal berkata, keuntungan syarikat turut mencatatkan penurunan sebanyak tiga peratus kepada RM1.73 bilion berbanding RM1.77 bilion pada 2013.
Katanya, berbanding prestasi yang merosot sejak beberapa tahun lalu, Maxis kini melangkah ke tahun 2015 dengan momentum yang positif.
“Tahun ini menyaksikan peralihan Maxis daripada sebuah syarikat telekomunikasi tradisional yang berorientasikan suara kepada pemboleh digital yang semakin mantap,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.
Pada akhir Disember 2014, Maxis mempunyai sebanyak 8.8 juta pengguna internet mudah alih dan penembusan telefon pintar dicampur sebanyak 57 peratus.
Lundal berkata, Maxis berjaya menambah bilangan pelanggan yang menjana hasil (RGS) terutama dalam segmen prabayar yang mana syarikat mengalami kemerosotan terbesar pada tahun-tahun sebe-lumnya.
Menurutnya, dengan rangkaian yang semakin baik serta langkah-langkah proaktif yang telah diambil ia bakal memberikan pelanggan suatu pengalaman tanpa kebimbangan.
Maxis melabur RM1.1 bilion dalam perbelanjaan modal pada tahun 2014 untuk pemodenan rangkai-an, kapasiti dan peningkatan kualiti serta pengembangan liputan 4G.
Liputan penduduk bagi 2G dan 3G yang dimodenkan kini lebih daripada 75 peratus, malah Maxis meneraju liputan penduduk 4G teknologi evolusi jangka panjang (LTE) di negara ini.
Syarikat telah mengumumkan dividen interim keempat sebanyak lapan sen sesaham dan akan mengesyorkan dividen akhir sebanyak lapan sen sesaham untuk diluluskan dalam mesyuarat agung tahunan akan datang.