BTC USD 63,223.5 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perolehan FGV S1 RM2.96b

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg



KUALA LUMPUR 26 Mei - Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) mencatatkan perolehan sebanyak RM2.96 bilion dengan keuntungan bersih RM30 juta bagi tempoh suku pertama (S1) berakhir 31 Mac tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Mohd. Emir Mavani Abdullah berkata, pencapaian yang lebih rendah berbanding tempoh sama tahun lalu itu sudah dijangkakan mengambil kira kejatuhan harga minyak sawit mentah (CPO) dunia dan penurunan pengeluaran buah tandan segar (FFB) yang turut menjejaskan prestasi pemain-pemain industri lain.

Beliau berkata, perolehan tahun ke tahun kumpulan merosot sebanyak 20 peratus daripada RM3.73 bilion, sementara keuntungan operasi menyusut 65 peratus kepada RM128 juta disebabkan penyusutan keuntungan dalam segmen berkaitan sawit dan kejatuhan harga komoditi itu.

“Berbanding tempoh sama tahun 2014, harga minyak sawit mentah jatuh sebanyak 12 peratus kepada RM2,279 tan metrik daripada RM2,584 tempoh sama sebelumnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Emir, prestasi kurang memberangsangkan turut berpunca daripada bencana banjir sehingga menjejaskan aktiviti penuaian dan pengangkutan FFB ke kilang .

Perkembangan itu jelas beliau menyebabkan pengeluaran FFB menyusut sebanyak 20 peratus kepada 930,000 tan metrik daripada 1.159 juta tan metrik bagi tempoh sama sebelumnya.

“Kami sedar keadaan amat sukar bagi semua syarikat perladangan. Kejatuhan pengeluaran buah ke tahap terendah turut dialami oleh syarikat-syarikat lain. Justeru, bagi kekal berdaya saing dan mengurangkan kesan kejatuhan harga CPO, kami akan memberi tumpuan kepada pelan transformasi yang dirangka sebelum ini.

“Langkah ini untuk memastikan syarikat terus menjana serta meningkatkan perolehan dan keuntungan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad Tifli Mohd. Talha dalam taklimat media berkata, antara strategi yang diambil bagi memastikan terus menjana perolehan dan keuntungan tinggi ialah melaksanakan pengurangan kos dan meninjau peluang-peluang pengambil alihan lebih banyak ladang sama ada di dalam dan luar negara.

“Proses pengambilalihan ini masih dilaksanakan dan menjangkakan lebih banyak lagi untuk menambah perolehan,” katanya.

Mengenai tawaran awam (IPO) yang dilancarkan syarikat sebelum ini, beliau berkata, masih terdapat lebihan RM100 juta yang akan digunakan untuk membiayai kos operasi dan pembangunan yang dirancang.
 
Syukur la tu ada jugak untung... jgn jadi cam MAS tiap2 tahun rugi je memanjang..:D
 
Back
Top
Log in Register