BTC USD 64,010.0 Gold USD 4,457.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Perokok Tegar

Mail Aziz

Active+ Member
gem
Messages
2,689
Joined
Dec 27, 2012
Messages
2,689
Reaction score
1,122
Points
101
Bukan mudah seorang perokok tegar untuk berhenti merokok. Saya sendiri baru beberapa bulan berjaya berhenti merokok dan ramai yang tidak tahu bila seorang perokok tegar berhenti merokok pelbagai penyakit akan keluar.

3 bulan pertama merupakan saat yang amat-amat getir. Dengan rasa ketagih... pelbagai penyakit keluar (batuk, selsema, pening kepala, demam... yang sering berbalik-balik ).

Namun setelah beberapa bulan seterusnya apabila berjaya melepasi halangan tersebut terasa sesuatu yang amat-amat berbaloi dan seperti masuk ke dunia baru. Kini duniaku adalah BEBAS ROKOK.

Untuk pengetahuan anda saya tidak menggunakan apa-apa ubat atau program untuk berhenti merokok. Saya telah merokok selama lebih 20 tahun dengan jumlah sehari sebanyak antara 20 ke 40 batang sehari.

Walaupun kini masih ada kesan-kesan dari segi kesihatan apa yang sangat ketara adalah sememangnya PENJIMATAN DUIT amat-amat ketara.

Kepada perokok-perokok di luar sana yang ingin berhenti merokok saya sarankan agar bermunajat dan mengadu pada Allah dan minta tolong agar kita mampu berhenti merokok.

Diharap ini dapat memberi inspirasi kepada ANDA yang ingin mengikuti jejak langkah saya ini.

Dari: Zahrul Azua
 
wow tahniah tt... Tp bc yang ape tt tulis n lalui mmg nmpk ssh giler nk bhenti dr ketagih rokok nie kn.ambe ada jgk try bhenti paling lame pon smggu tu pon rs mcm2 la....pastu isap blik.ada gak try vapors xsmp 3bln dh buang benda tu.
 
Back
Top
Log in Register