BTC USD 84,029.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perodua Myvi=Daihatsu Sirion??

Perodua mmg takde designer sendiri, design utk kereta pero2 semuanya mmg dari designer Jepun, tak sama mcm Proton.
Perodua skang dah jadi milik Toyota, daihatsu pun dah bawah toyota.

lagi stu,perodua xde capabality utk rnd cam proton.dia org ni car assembler utk toyota@daihatsu je..tu pasal la ni dia org nye kete dah makin mahal..strategi toyota.pancing dulu org beli,bila dah laris,naik kan harga.beza ngan proton skang, diaorg mmg buat rnd sendiri,develope sendiri dgn technical assistant dr lotus.
 
PERODUA = Perusahaan Otomobil Kedua.

Dia bukannya macam PROTON. Proton ada designer sendiri, teknologi sendiri (Enjin CamPro), kilang sendiri (Tanjung Malim) dan macam2 lagi sendiri selepas Proton melepaskan kerjasamanya dgn Mitsubishi.

Perodua ni sebenornya adalah "Pemasang" kenderaan Jepun jenama Daihatsu jer. Semua bergantung kepada Daihatsu & Toyota sebab keduanya ni adalah pemegang saham terbesar dan pemegang teknologi utk Perodua. 80% daripada komponen kenderaan Daihatsu ni adalah buatan Malaysia dan 20% lagi daripada Daihatsu. Mengikut peraturan kerajaan, mana-mana kenderaan yg menggunakan 80% atau lebih komponen tempatan, bolehlah dianggap sebagai "Kenderaan Nasional".

Senarionya sama juga macam NAZA yg memasang kenderaan KIA di mana 80% daripada komponen KIA dibuat dan dipasang di kilang NAZA di Gurun Kedah. Jadi, NAZA adalah perusahaan otomobil nasional ketiga. Kat Korea disebut KIA, masuk Malaysia disebut NAZA. Sama juga macam Daihatsu. Kat Jepun disebut Daihatsu, kat Malaysia disebut Perodua.

Contoh model asal Perodua yg diambik dari model Daihatsu:
1- Perodua Kancil = Daihatsu Mira
2- Perodua Kenari = Daihatsu Move
3- Perodua Kelisa = Daihatsu Mira 5th Generation
4- Perodua Rusa = Daihatsu Zebra & Daihatsu Hijet Maxx
5- Perodua Kembara = Daihatsu Terios
6- Perodua Myvi = Daihatsu Boon / Daihatsu Sirion / Toyota Passeo
7- Perodua Viva = Daihatsu Mira 6th Generation

Ada faham??
sokongg...proton satu2 nya car maker malaysia...yg lain2 tu semua nak berlakon je..thats why kita xleh compare direct p2 & p1.
 
tp kena ingat walaupun design sendiri.. memula dulu proton ambik part dr mitsubitshi..

bg aku sama je.. walaupun design dia ambik dr model luar.. tp tetap ada alter perubahan sket2..
 
setau aku model serupa myvi tu,
utk pasaran indonesia jerk..
kalo tmpt lain mcm passo,
 
Back
Top
Log in Register