BTC USD 103,681 Gold USD 3,251.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perodua Dijangka Tawar Kereta Elektrik Pada Sekitar RM80,000 &Mungkin Perlu Sewa Bateri Secara Berasingan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
67,578
Top Poster #7
Joined
Nov 23, 2012
Messages
67,578
Reaction score
7,417
Points
916
Awards
1
Perodua sedia menyatakan bakal hadir dengan kereta elektrik pertama mereka secara rasminya pada tahun ini, pada harga lebih rendah berbanding pelbagai penawaran lain di pasaran hari ini. Terbaru, berkongsi lanjut melalui sebuah sesi media khas, CEO Perodua dipetik mengatakan kereta elektrik pertama Perodua akan berharga pada harga sekitar RM80,000.

Perodua-EMO-II-KLIMS-F-950x535.jpg.webp


Pada masa yang sama, apa yang membezakan Perodua dengan penawaran lain adalah dimana baterinya tidak dijual bersama pembelian kenderaan. Pengguna perlu mendapatkan bateri dalam bentuk secara sewa terus daripada pihak Perodua. Harga sewa atau “langganan” untuknya tidak diketahui, dan ia masih menjadi tanda tanya sama ada bateri tersebut akan ditawarkan sebegitu sahaja dibawah sewaan, atau turut diberkaskan bersama perkhidmatan pengecasan bateri. Perodua sekadar mengatakan jumlah sewa tersebut akan paling minimum. Dengan langkah ini, Perodua menyatakan pengguna akan sentiasa menerima akses kepada bateri dalam keadaan terbaik, termasuk boleh ditukar ganti sekiranya terdapat sebarang masalah.

Langkah ini turut dijangka akan memudahkan lagi usaha kitar semula sesuatu bateri, atau sekiranya menjual kenderaan kepada pemilik baharu. Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan apakah info lanjut berkenaan dengan penawaran Perodua kelak, dan bagaimanakah proses sewa bateri ini akan berfungsi sepenuhnya.​
 

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register