BTC USD 60,704.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Permusuhan Yang Sengaja Dirancang

Panglima Sunan IV

Super Active Member
Messages
8,421
Joined
Nov 8, 2007
Messages
8,421
Reaction score
287
Points
81
kredit kepada aMNis


Islam di negara-negara Arab telah hampir berjaya dilemahkan melalui fitnah Revolusi & Peperangan. Zionis juga sedang merancang agenda jahat di bumi Nusantara.. Kerana hanya ISLAM menjadi penghalang terakhir kepada misi kemuncak Dajjal iaitu ONE WORLD RELIGION dan ONE WORLD GOVERNMENT di mana Israel sebagai musuh utama dunia Islam akan ditabalkan sebagai Negara Memerintah Dunia..

Persengketaan dan... kebencian yang sedang disemai antara rakyat Indonesia dan Malaysia adalah api Nasionalisme yang sengaja dimarakkan untuk mencetuskan huru-hara di antara kedua-dua negara yg pada asalnya adalah serumpun.. Jika kita mengkaji, situasi ini bukannya tanda-tanda kecil huru-hara akan berlaku di Nusantara tetapi ianya adalah isyarat akhir yang hanya menunggu masa untuk meletus..

Motif utama huru-hara = menghancurkan kebangkitan Islam di Nusantara Sasaran huru-hara = Melayu Islam di Malaysia & Indonesia

images
images

Untuk menghancurkan bibit-bibit kebangkitan Islam di Nusantara, kaum Melayu Islam di kedua-dua negara perlu dikorbankan terutama mereka yang masih mempunyai kuasa memerintah dan mengamalkan 100% ajaran Islam..

Mengapa kami katakan apa yang sedang berlaku ini adalah ISYARAT AKHIR ?

Fikirkan situasi berikut : -


1) Politik Demokrasi -> Melayu Islam telah lama berpecah belah dan bergaduh kerana ideologi politik yang berbeza. Masing-masing lebih rela bergabung dengan politikus bukan Islam demi kelangsungan kuasa politik -

2)PRU 13 -> Apakah akan berlaku kepada kuasa politik Melayu Islam ?

3) - Indonesia vs Malaysia -> ketegangan yang sengaja dirancang ?

4)- Kebanjiran warga asing di Malaysia -> adakah ianya kebetulan ?


Dapatkah kita fahami apakah maksud tersirat di sebalik semua ini ? Tidakkah kita perasan nasib Melayu Islam di Malaysia dan Indonesia berada pada tahap genting ketika ini ?


Melayu Islam sedang dikelilingi oleh 'proksi-proksi' Zionis yang boleh dipergunakan pada bila-bila masa.. Hanya menunggu masa yang sesuai untuk dimanipulasi oleh pihak Zionis supaya mencetuskan huru-hara kepada Melayu Islam.. Situasi hari ini SANGAT GENTING, hanya memerlukan satu FITNAH untuk dilepaskan sebagai picu untuk meledakkan 'Bom Jangka' yang telah lama ditanam di bumi Nusantara ini..



Wahai Umat Islam di Malaysia dan Indonesia... SEDARLAH..!


Apa yang berlaku hari ini adalah akibat dari kelalaian umat Islam terhadap AQIDAH ISLAMIYAH yang sepatutnya Wajib kita junjung dan pertahankan.. Sebaliknya telah lama kita termakan 'fitnah dunia' dengan menjunjung sistem & fahaman ciptaan musuh2 Islam sendiri..


Wahai umat Islam yang menyokong politik Demokrasi, bukankah Aqidah Islamiyah itu telah mewajibkan sistem Khilafah yang meletakkan hak ALLAH SWT di tempat tertinggi ?

Mengapakah kamu memilih sistem Demokrasi yang meletakkan suara majoriti rakyat mengatasi hak ALLAH SWT ?!!


Ke mana kamu campakkan hak Tuhan kamu ?!!

Wahai umat Islam yang termakan racun Nasionalisme, bukankah Aqidah Islamiyah itu telah mengangkat panji-panji Rasulullah SAW iaitu Al-Liwa' dan Ar-Rayah dengan penuh kemuliaan?

Mengapa kamu memilih Jalur Gemilang dan Sang Saka Merah Putih sebagai panji kebanggaan kamu ?!!

Ke mana kamu lemparkan panji-panji kemuliaan Rasul kamu ?!!

INSAFLAH...!!

Kita semua tidak tahu apa yang akan berlaku di bumi Nusantara ini pada hari esok, kerana hanya ALLAH saja Yang Maha Tahu.. Mungkin kita tidak dapat mengelakkan kekacauan yang mungkin ditakdirkan berlaku, tetapi kita masih ada masa untuk kembali menegakkan Aqidah Islam dalam diri.. Jika kita terkorban dalam huru hara yang berlaku biarlah kita mati kerana memperjuangkan Aqidah Islam dan Hak ALLAH.. Bukannya mati sia-sia kerana SYIRIK memperjuangkan politik atau negara bangsa sempit yang sengaja dicipta oleh musuh2 ALLAH supaya umat Islam melupakan pegangan Aqidah Islamiyah..


Semoga ALLAH SWT membasahi bumi Nusantara ini dengan siraman Hidayah yang akan membangkitkan umat Islam dari kebingungan fitnah yang dahsyat. Semoga Muslim di Malaysia dan Indonesia sentiasa dilindungi ALLAH sehingga sampai masa dan ketika terzahirnya perjuangan kebangkitan Islam akhir zaman yang dijanjikan.. Amin..

Wallahua'lam..

Salam kebangkitan,
 
hmmm.... moga2 satu hari kita semua akan bersatu padu
 
Berdoa pada ALLAH moga ISLAM akan terus makmur di nusantara...
Kebangkitan ISlam akhir zaman dari sebelah timur...
 
Berdoa pada ALLAH moga ISLAM akan terus makmur di nusantara...
Kebangkitan ISlam akhir zaman dari sebelah timur...

Timur tu kat negara mana bro?

Pendapat aku bro, semua ni terjadi (kelemahan umat Islam zaman sekarang) sebab pemahaman umat Islam tu sendiri terhadap agama Islam bro...

Pemahaman salah, amalan tu salah... Tu yang bila ko melihat Islam ni dari sudut yang salah, hidup pun tunggang terbalik jugak...

Apa apa hal pemahaman ko terhadap Islam tu kena betulkan dulu... Ilmu kena betul... Baru Islam tu betul2 atur hidup ko...
 
semoga umat islam bersatu.
 
Timur tu kat negara mana bro?

Pendapat aku bro, semua ni terjadi (kelemahan umat Islam zaman sekarang) sebab pemahaman umat Islam tu sendiri terhadap agama Islam bro...

Pemahaman salah, amalan tu salah... Tu yang bila ko melihat Islam ni dari sudut yang salah, hidup pun tunggang terbalik jugak...

Apa apa hal pemahaman ko terhadap Islam tu kena betulkan dulu... Ilmu kena betul... Baru Islam tu betul2 atur hidup ko...

yeap betol tu, kadang2 kita ni, termasuk lah aku sendiri, hanya pandai cakap, tapi xder tindakan untuk diri sendiri..
 
Maksud ko bro? Tindakan untuk diri sendiri?

kita sibuk canang sana sini, kemusnahan akhir zaman, hudud, dajjal, israel, yahudi, tetapi pernah ke kita lakukan tindakan kepada diri sendiri? pernahkah kita betul2 cintakan ISLAM, ALLAH, dan RASULNYA?
 
Back
Top
Log in Register