BTC USD 84,948.4 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Permintaan yang melampau

ubah minda,buang phd,kena rajin cari ilmu,
budaya pemikiran dan kehidupan kena ubah.....
baru kita boleh maju,

THINK BIG:)

Yeesss..1 jawapan yang bagi semangat dan dorongan untuk aku, huhuhuhuhuhu
 
man boleh...ini negara kita
melayu...melayu yang utama
kenapa mesti utamakan kaum pendatang
dulu pun terpaksa je bawak orang cima masuk
tapi memang melampau la permintaan diorang
memang tak patut.
 
MELAKA: Perhimpunan Agung Pemuda MCA Kebangsaan ke-44, di sini, semalam sebulat suara meluluskan 12 resolusi dengan enam daripadanya membabitkan isu pendidikan, selain dua usul ekonomi, serta masing-masing satu usul keselamatan, kebudayaan, hal ehwal parti dan hal ehwal kerajaan.

Enam resolusi pendidikan ialah;

# Menegaskan bahawa soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 bagi subjek Sains dan Matematik haruslah disediakan dalam bahasa Mandarin dan menyeru Kementerian Pelajaran untuk melaksanakan sistem peperiksaan itu demi mengekalkan identiti SJKC.

# Dulu, kini dan selama-lamanya membantah tindakan Kementerian Pelajaran menghantar guru yang tidak fasih berbahasa Mandarin sebagai guru pemulihan di sekolah Cina supaya ia tidak menjejaskan identiti SJKC sedia ada.


# Menyeru Kementerian Pelajaran menghentikan tindakan terhadap guru yang mengajar tuisyen sebagai kerja sambilan.

# Menyeru Kementerian Pelajaran menawarkan lebih banyak tempat untuk Program Matrikulasi supaya lebih ramai pelajar bukan Bumiputera turut berpeluang melanjutkan pelajaran bagi meningkatkan semangat perpaduan antara kaum.

# Menyanjung tinggi dan menyokong penuh usaha pucuk pimpinan MCA dalam memperjuangkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tajaan luar negara yang lebih banyak demi manfaat pelajar kaum Cina.

# Menyeru Kementerian Pelajaran memandang serius masalah dan mengenal pasti sekolah menengah yang menggunakan kaedah pengiraan markah purata kokurikulum yang berlainan bagi pelajar STPM.

Resolusi lain ialah:

# Menyeru jabatan kerajaan menghentikan arahan hanya membenarkan monopoli kontraktor Bumiputera dalam pembekalan barangan kepada jabatan kerajaan kerana tindakan sedemikian melanggar prinsip persaingan secara adil.

# Menyeru jabatan kerajaan lebih berhati-hati ketika memilih kontraktor supaya kejadian seperti kebocoran bangunan kerajaan tidak berulang.

# Menyeru Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan lebih berkesan bagi memperbaiki tahap keselamatan awam.

# Menyeru Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan membina sebuah Memorial Peringatan Tun Tan Cheng Lock bagi mengiktiraf jasa pengasas Parti MCA dalam memperjuangkan kemerdekaan negara serta usaha bekas pemimpin veteran MCA lain.

Sementara itu, Pemuda MCA diingatkan supaya mencontohi semangat permuafakatan yang ditonjolkan Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Razak, Tun Tan Cheng Lock dan Tun V T Sambanthan dalam membina hubungan dengan ahli pergerakan Pemuda seluruh parti komponen Barisan Nasional (BN), terutama dengan Umno dan MIC.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chan Kong Choy, berkata semangat permuafakatan ditonjolkan ketiga-tiga pemimpin itu nyata membina asas perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat Malaysia.

“Ia model terbaik perlu diteruskan oleh generasi muda hari ini demi membina Malaysia yang lebih aman, makmur dan harmoni," katanya selepas merasmikan Perhimpunan Agung Pemuda MCA ke-44, di Dewan Sekolah Menengah Pay Fong, di sini, semalam.

link: http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Nasional/20070818225526/Article/

p/s: hak melayu bakal di samaratakan jika hal ini berlaku(BOLD)...tak tahu la mcm mn nih,lepas satu2 diorang mintak, tak tahu lah klu krajaan meluluskan atau pon tak...walaupun ade satu dua perkara kat situ remeh temah, ttpi untuk jangka masa panjang permintaan mereka nih bakal menjadi permintaan yang melampau..

diorang tak tahu ker,ni negeri orng melayu...jgn nak merampas ape yang melayu ade....kerajaan malaysia sila ambil berat pasal nih...hak melayu bakal dikikis satu persatu tak lama lagi...:( :(

KESIMPULANNYA..
ORANG CINA (MCA) DIA BELA KAUM CINA DIA SUPAYA MAJU DAN PAHAM APA YANG DI PELAJARI...TAPI ORANG KITA BUAT APA???

ORANG MELAYU KITA (UMNO ) BUAT APA???? MATE DAN SAINS DOK SURUH BUAT DALAM BAHASA INGGERIS ..ORG MELAYU KAT KAMPUNG BERTAMBAH TAK PAHAM SUBJEK TU...NAK MINTA MAK AYAH AJAR...DIA ORG PUN TAK PAHAM,....SO SAPA YANG RUGI ..ORG MELAYU JUGAK..
SAPA YANG PUNCA UMNO LAA YANG PUNCANYA...ISK ISK ...
PULAU PINANG TERGADAI KAT BANGSA CINA..SAPA YANG PUNYA..
UMNO JUGAK YANG PUNCA...SO KESIMPULANNYA SAPA YANG HANCURKAN MELAYU ..RENUNG2 KAN SENDIRI ..ADA OTAK PAKAI..

BAGI AKU UMNO BUKAN MEMBELA ORG MELAYU DAN BANGSA...

TENGOK BAHASA MELAYU NAK TUKAR BAHASA MALAYSIA ..APA RAAAA ....
KATA UMNO ADALAH PERTUANAN MELAYU ,MEMBELA BANGSA MELAYU...TAK PAYAH LAAA :D :D ORG KAMPUNG LEH TIPU....AKU TAK LAAA..

DARIPADA ORG KUAT UMNO YANG INSAF HEHEHEE
 
perlembagaan menjamin hak untuk bangsa asing mengamalkan bahasa ibunda masing-masing untuk urusan selain urusan rasmi.
 
nampaknya ada orang yang betul2 menghayati kat cni :D
 
Back
Top
Log in Register