BTC USD 83,590.8 Gold USD 4,267.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perlukah kitab injil dlm bm?????

betapa takutnya kita kan..nampak sgt kedudukan kita sekarang lemah. kalau Islam kat Malaysia ni kuat, benda camni xkan dapat menggugat kita.

Sebab tu ramai sangat yg dah murtad..

Mudah sangat terpengaruh..Ayah Pin kerajaan langit la..nabi Melayu..
 
LAHANAT mana yang nak buat bible dlm BM tu.. ?..
 
Kitab Bible ni banyak sangat version nya..sampai org yg buat karangan tu tak tahu nak jawab bila berkaitan Tuhan yg boleh makan dan minum. Tuhan tidak bersifat lemah. Malah byk kekeliruan dalam setiap halaman bible version lama dan baru.

Sah-sah kena tulis..

Jika dlm BM Msia tentu diubah lagi ..
bagi sesuai dgn org Msia ..
siap perkataan Arab/melayu .. agaknya ..:-?
 
melayu dlm istilah perlembagaan,adalah mereka yg menganut agama Islam...so, nmpk gayanya, istilah ni dh xbrapa bleh dtrima pakai dh la kalau ramai sgt melayu yg bukan Islam...
 
Saya seorang Kristian dari Sarawak, berbangsa Dayak.

Saya rasa heran yang orang Malaya semua tak tau yang bahasa perantaraan orang di Sarawak Bahasa Melayu, disebabkan ramai sangat bangsa dan bahasa.

Jadi memang sejak azali lagi kami kebanyakan menggunakan Bahasa Melayu untuk doa dan sembahyang. Orang-orang Melayu Sarawak pula tidak berasa terancam pun sebab iman mereka kuat. Kami menerima mereka sebagaimana mereka menerima kami.

Nak kata orang British dulu tu sengaja nak meng-Kristian kan Melayu Sarawak dengan menggunakan BM, tak juga. Sebab English tu memang orang Dayak yang hidup di kampung tak paham. BM paham la sebab guna sebagai bahasa perantaraan. So orang putih yang membawa agama Kristian untuk Dayak pagan terpaksa menggunakan Injil BM.

Saya tau yg saudara semua ni beranggap bahawa Allah tu untuk Islam sahaja. Tapi bagi kami di Sarawak, masing2 tau sebab memang dari dulu perkataan Allah tu kami guna. Kenapa tidak guna Tuhan saja? Sudah menjadi tradisi, dan juga untuk membezakan tuhan2 yang dipuja pagan2 dulu. kalau mau diubah itu ibarat menukar nama sendiri.

Janganlah anggap yg apa saya tulis ni sengaja mahu mempermainkan agama Islam. Bapa saya seorang Muslim yang masih memakai nama Dayaknya. Saya hormat orang Muslim.

Lagipun, sedangkan kita sendiri tidak cukup berilmu tentang buku suci sendiri, kenapa nak peduli pasal hal orang kan? Biarlah Allah yang menentukan. Siapalah kita untuk menghakimi orang lain?
 
yg wajib kita baca alquran bkn kitab2 lain..baca kaji alquran pasti selamat dunia dan akhirat.
 
bagi sebuah negara berbilang bangsa dan agama,toleransi adalah perlu.saya tinggal di sabah,injil dalam bahasa melayu dah memang ada berpuluh tahun sudah.terutama bahasa indonesia .kenapa korang tak tahu?

sebab di sabah penganut kristian adalah terdiri daripada masyarakat dusun,kadazan dan jika pendatang terdiri dari masyarakat timor dan toraja yang menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa utama dorang.tidak timbul masalah saya dengar golongan in i mengkristiankan org tempatan disini kecuali usaha mubaligh2 dorang yg masuk ke kg pendalamn untuk mencari masyarakat pagan.

saya pun muslim juga tapi masalah ramai yg murtad ni adalah kerana didikan yg amat cetek dalam agama dan pengaruh persekitaran yg mencabar dan mereka tewas di atas kelemahan ini.jika kita kuta,maka kuatlah kita.

Ramai yg murtad sebelum ni kerana apa?bukan pasal injil BM tapi peranan mulut mempengaruhi mereka.


kesimpulannya bneda ni penting bagi suku kaum tertentu ja.usaha untuk menyebar boleh di halang sekiranya ada yg tergugat.
 
sebenarnya, kalau ikut Perkara 11 (4) : Undang-undang Negeri, dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

1. dari satu sudut, sekiranya Bible ini dibuat untuk orang Melayu beragama Islam, maka Bible Melayu ini salah di sisi perlembagaan negara.

2. namun, jika Bible Melayu ini hanya khas untuk orang Melayu yang beragama Kristian, maka Bible Melayu ini adalah sah di sisi perlembagaan negara.

sebab itu Najib luluskan Bible Melayu ni :))
yang dihalang jika dibuat untuk dakwah orang Islam.
tapi kalau untuk kegunaan penganut agama diorang, tak mengapa pun :))
 
aku rasa tak perlu,
tp kalau nak buat juga,
kita tak boleh halang,

mungkin kita boleh cuba edarkan tafsir al-quran dalam bahasa iban,tamil dan mandarin,
dan tgk respons2 mereka ini mcm mana,
sambil2 itu boleh buka pintu dakwah,
 
Back
Top
Log in Register