Saya seorang Kristian dari Sarawak, berbangsa Dayak.
Saya rasa heran yang orang Malaya semua tak tau yang bahasa perantaraan orang di Sarawak Bahasa Melayu, disebabkan ramai sangat bangsa dan bahasa.
Jadi memang sejak azali lagi kami kebanyakan menggunakan Bahasa Melayu untuk doa dan sembahyang. Orang-orang Melayu Sarawak pula tidak berasa terancam pun sebab iman mereka kuat. Kami menerima mereka sebagaimana mereka menerima kami.
Nak kata orang British dulu tu sengaja nak meng-Kristian kan Melayu Sarawak dengan menggunakan BM, tak juga. Sebab English tu memang orang Dayak yang hidup di kampung tak paham. BM paham la sebab guna sebagai bahasa perantaraan. So orang putih yang membawa agama Kristian untuk Dayak pagan terpaksa menggunakan Injil BM.
Saya tau yg saudara semua ni beranggap bahawa Allah tu untuk Islam sahaja. Tapi bagi kami di Sarawak, masing2 tau sebab memang dari dulu perkataan Allah tu kami guna. Kenapa tidak guna Tuhan saja? Sudah menjadi tradisi, dan juga untuk membezakan tuhan2 yang dipuja pagan2 dulu. kalau mau diubah itu ibarat menukar nama sendiri.
Janganlah anggap yg apa saya tulis ni sengaja mahu mempermainkan agama Islam. Bapa saya seorang Muslim yang masih memakai nama Dayaknya. Saya hormat orang Muslim.
Lagipun, sedangkan kita sendiri tidak cukup berilmu tentang buku suci sendiri, kenapa nak peduli pasal hal orang kan? Biarlah Allah yang menentukan. Siapalah kita untuk menghakimi orang lain?