BTC USD 84,355.8 Gold USD 4,274.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perlukah aku samak?

tree

Fun Poster
Messages
125
Joined
Nov 5, 2008
Messages
125
Reaction score
1
Points
15
Terlebih dahulu nak minta maaflah kalo topic ni macam remeh je.

Aku ada masalah sikit tentang kebersihan kawasan rumah ni.
Tengah hari tadi,ada 2 ekor anjing laki bini lepak baik punya kat depan pintu rumah. Kalo kecik takat paras betis tu boleh la aku agah-agah halau binatang tu, tapi disebabkan anjing tu besar paras lutut + hitam pulak tu aku kecut perut lah jugak nak menghalaunya. So aku biarkan jelah, lagi pun cuaca sedang panas terik. Terbantut kejap agenda aku nak menyidai kain.

Petang sikit, dua ekor anjing tu pun berambus. Masalahnya wajibkah aku samak tempat tu. Masa aku perhatikan anjing-anjing tu, depa ada julur-julur lidah sampai jatuh ke lantai. Then banyak kali yang si betina tu bersin-bersin. Alhamdulillah lah depa tak da kencing kat mana-mana..

Sepengetahuan aku, kalau aku dalam keadaan basah lalu menyentuh anjing, baru kena samak.

Tapi kalo kes aku ni kena samak ke?

p/s: moral of the case: jangan lupa tutup pintu pagar..
 
Tak perlu. Nanti hujan tempat tu bersih sendiri.
 
Rumah aku biasa jugak dimasuki anjing,tapi dia round2 kat padang rumah aku jer,lepas dia keluar x plak aku samak sbb fikir x meleleh air liur kot..
dlm masa yg sama x pegi situ la dlm masa yg agak lama...
aku pon nak tanya jugak..
mcm mana nak samak??nak tabur air tanah satu padang ker?
 
tt..
kalo rase was2 ko samak la~
 
Rumah aku biasa jugak dimasuki anjing,tapi dia round2 kat padang rumah aku jer,lepas dia keluar x plak aku samak sbb fikir x meleleh air liur kot..
dlm masa yg sama x pegi situ la dlm masa yg agak lama...
aku pon nak tanya jugak..
mcm mana nak samak??nak tabur air tanah satu padang ker?

jawapan dr internet utk kes yang macam ni: Dalam Islam, najis terbahagi kepada dua iaitu najis aini dan hukmi. Sekiranya kedua-dua kategori ini tidak pasti/diketahui maka hukumnya tidak najis sama ada pada tempat/barang apabila kita menyentuh benda/barang tersebut dan berikutnya. Saudara dinasihatkan mengikis perasaan was-was yang wujud di dalam hati saudara kerana ia adalah bisikan syaitan semata-mata.
 
Tak perlu. Nanti hujan tempat tu bersih sendiri.

hujan hari-hari pun tempat tu tak bersih jugak sebab ia berbumbung. depan pintu rumah, bukan depan pintu gate. hai..alamatnya aku lah yang kena buang air 7 kali kat situ..
 
Back
Top
Log in Register