BTC USD 62,356.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perlu segera cari pasaran baharu - TDM

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
ek_03.1.jpg

Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR 4 Okt. – Malaysia perlu segera mencari pasaran baharu yang lebih terjamin tanpa terlalu bergantung kepada pasaran Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, pasaran dua kuasa ekonomi dunia itu tidak memberi sebarang jaminan kecuali mendatangkan impak negatif sekiranya negara-negara itu mengalami bankrap.

Katanya, Malaysia tidak perlu bergantung kepada kedua-dua benua yang tidak lagi mempunyai wang untuk membeli barang selain berdepan mengalami krisis kewangan yang berpanjangan.

Setakat ini, kata Dr. Mahathir, 20 peratus perdagangan Malaysia adalah dengan AS manakala 20 peratus lagi dengan Eropah dan angka-angka berkenaan masih tinggi.

‘‘Kita tidak perlu mengurangkannya sehingga sifar, tetapi perlu segera mencari pasaran baharu yang berpotensi.

“Salah satu pasaran baharu yang dilihat berpotensi dan mampu menyediakan pasaran yang baik adalah Turki. Turki berada di tengah-tengah pasaran dunia iaitu di antara barat dan timur, kita perlu ke sana,’’ katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ceramah pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF) 2011 di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Bhd. (Maybank), Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Mahathir berkata, Malaysia pada waktu ini dilihat sudah mempertingkatkan hubungan dagangan dengan China yang menunjukkan perkembangan positif.

Katanya, selain Turki, sekitar rantau Asia turut menjanjikan pasaran dagangan yang baik.

Ditanya permintaan supaya sistem kewangan Islam berkonsep musyarakah (perkongsian keuntungan) diamalkan sepenuhnya di negara ini, Mahathir menjawab, ia terpulang kepada kerajaan untuk melaksanakannya.

“Jika kerajaan mahu melaksanakan musyarakah, ia boleh dilakukan sekarang,’’ tambah beliau.
 
memang pun..asyik2 AS dan eropah..lingkup yg tu kita pun follow..
 
pasaran asia lebih luas..
kalau afrika banyak sgt konflik..
 
Pasaran Israel ler tuh :D
 
Mahathir nie mcm2 dier tahu.. kalau owg tua sebaya dier yg laen xtau ape2 kowt..
 
Back
Top
Log in Register