ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
LEE LAM THYE
KUALA LUMPUR 4 April – Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta membuat pertimbangan teliti dan mencari mekanisme sesuai sebelum mengambil tindakan tegas terhadap ibu bapa dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan maut melibatkan pelajar berusia 16 tahun ke bawah.
Ahli Majlis Keselamatan Jalan Raya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, mekanisme tersebut merujuk kepada kaedah atau cara bagaimana tindakan itu akan diambil supaya dapat mengelakkan masalah yang mungkin timbul pada masa akan datang.
Katanya, langkah PDRM dalam menangani kadar kemalangan membabitkan remaja adalah bagus namun dari aspek penguatkuasaan ke atas ibu bapa itu perlu diteliti semula kerana mungkin insiden itu berlaku di luar kawalan mereka.
“Bagaimana sekiranya anak-anak meminjam dan menunggang motosikal daripada rakan mereka tanpa pengetahuan ibu bapa, ditambah dengan tidak mempunyai lesen. Semua perkara ini perlu diteliti sebelum mengambil tindakan lanjut.
“Kita setuju penguatkuasaan ini dilaksanakan tetapi jangan terburu-buru kerana ia perlu dilakukan secara adil,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Dalam pada itu, Lam Thye yang merupakan Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) berkata, ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dengan menerapkan aspek keselamatan kepada anak-anak secara berterusan supaya mereka peka dan mengambil langkah selamat.
Katanya, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa mengambil berat mengenai aspek keselamatan anak-anak semasa mereka di jalan raya.