BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perlu buat simpanan kecemasan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Simpanan yang sedikit jika diteruskan akan membantu di kala kesusahan - Gambar sekadar hiasan​

SELEPAS terlibat dalam kemalangan kereta, Ahmad (bukan nama sebenar) bukan sahaja hilang pendengaran malah turut telah hilang pekerjaan.

Ahmad, 48, sebelum ini bertugas sebagai pegawai keselamatan selama 15 tahun lalu di sebuah agensi kerajaan tempatan dengan gaji sebanyak RM2,600 sebulan.

Disebabkan kemalangan itu, dia terpaksa melepaskan jawatan tersebut kerana deria pendengarannya yang hilang telah memberi impak besar terhadap tugas sebagai pengawal.

Ahmad berasa sangat kecewa apabila masalah ini berlaku. Dia mulai bimbang memikirkan wang perbelanjaan bulanan untuk keperluan harian.

Pinjaman perumahan yang perlu dijelaskan setiap bulan sebanyak RM1,000. Selain itu, Ahmad juga mempunyai komitmen bulanan iaitu sewa beli dan pinjaman peribadi.

Ahmad berusia 48 tahun dan mempunyai dua anak yang masih bersekolah dan isteri yang berada di bawah tanggungannya. Hal ini membuatkannya sangat runsing memikirkan tentang jaminan kewangan untuk masa hadapan.

Dengan berbekalkan pendidikan dan pengalaman yang sangat terhad, Ahmad sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Tambahan pula masalah pendengaran yang dihadapi itu menyukarkan lagi tugasnya sebagai seorang pekerja kolar biru.

Dalam kebingungan Ahmad menemui bekas majikan dengan harapan mereka dapat membantu meringankan bebannya. Bekas majikan Ahmad menasihatkannya mendapatkan surat sokongan rasmi daripada hospital kerajaan untuk mengesahkan ketidakupayaannya.

Dengan bukti itu, bekas majikannya dapat memohon kepada PERKESO untuk mendapatkan wang bantuan pencen ilat.

Ahmad layak menerimanya kerana hilang daya pendengaran akibat kemalangan. Wang pencen itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan kebimbangan Ahmad. Namun, Ahmad masih tidak yakin terhadap kemampuannya untuk membayar pinjaman bulanan kepada pihak bank.

Dia berkongsi masalah dengan adiknya, Yusof (bukan nama sebenar). Yusof bersetuju menghulurkan bantuan sebanyak RM200 setiap bulan untuk membayar tunggakan Ahmad. Adiknya juga menyarankan agar Ahmad mendapatkan bantuan daripada AKPK untuk khidmat nasihat tentang cara menangani masalah yang sedang dihadapi.

AKPK mengatasi isu tersebut dengan melihat terlebih dahulu baki pinjaman perumahan Ahmad. Dia dinasihatkan untuk mengeluarkan wang simpanan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada Akaun 2 untuk membayar baki pinjaman perumahannya.

Ahmad baru menyedari wang KWSP boleh digunakan untuk tujuan itu. Ahmad sangat gembira apabila mendapat tahu bayaran untuk rumah itu berjaya dilunaskan.

Untuk pinjaman peribadi pula, AKPK membentuk semula pembayaran balik pinjaman peribadinya mengikut kemampuan Ahmad.

Hal ini kerana menurut undang-undang, pencen ilat tidak boleh digunakan untuk membuat pembayaran semula. Dengan itu, perundingan semula membolehkan adik Yusof membuat pembayaran semula bagi pihaknya.

Kaunselor AKPK berjaya menyelesaikan keperitan hidup Ahmad dan dapat bekerjasama dalam menyampaikan maklumat yang diperlukan walaupun menggunakan bahasa isyarat untuk membantu beliau memahami keadaan sebenar.

Dengan bantuan AKPK, kini Encik Ahmad boleh menarik nafas lega dan dapat meneruskan hidup tanpa dibelenggu masalah kewangan lagi.



Individu yang memerlukan khidmat nasihat kewangan secara percuma boleh hubungi AKPK di nombor telefon 1-800-88-2575 atau layari laman web www.akpk.org.my
 
Makin banyak keluar iklan AKPK ni semenjak GST.

Kebetulan sahaja ke?
 
oh nasib baik terbaca ni..
tersalah rolling duit membawa padah...
baru nak ke bank bayar duit umah..
besok ke kwsp la tutup tunggakan 3 bulan.
hati senang. haha
 
AKPK xnk bwt lagu mcm iklan UTC ke
 
tu la lain kali jadi la ahmad bin maslan..kluarkan idea boodoh pn bleh jd kaya raya..xyah pening2 nak trun naik AKPK pasal masalah kewangan.
 
Back
Top
Log in Register