balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
ALOR SETAR - Beberapa kawasan di utara tanah air dilanda banjir selepas hujan tanpa henti dilaporkan berlaku sejak petang kelmarin.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, kawasan terjejas adalah daerah Kubang Pasu dan Padang Besar, Perlis.
Sebanyak 178 keluarga di Kubang Pasu ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara sejak malam kelmarin.
Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah, Ahmad Rashid berkata, banjir itu menjejaskan kira-kira 25 kampung di sekitar Changlun.
“Pusat pemindahan dibuka ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Changloon, Dewan Changkat Setoi, Dewan Kampung Belukar, Masjid Titi Kerbau, Masjid Kubang Betong dan Masjid Sungai Laka,” katanya.
Menurutnya, JKM mula menyalurkan bantuan seperti makanan, minuman, selimut dan ubat-ubatan.
Susulan banjir itu, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengadakan operasi pemantauan 24 jam sejak kelmarin.
Pegawai JPAM Daerah Kubang Pasu, Kamarulzaman Kasa berkata, operasi melibatkan bantuan membawa mangsa ke pusat pemindahan yang disediakan JKM
"Sehingga semalam tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihaknya meneruskan pemantauan di lokasi banjir.
“Operasi kita setakat ini tidak melibatkan penggunaan bot dan kita hanya meredah air banjir untuk ke rumah penduduk bagi operasi menyelamat,” katanya.
Di PADANG BESAR (Perlis), kira-kira 731 penduduk di beberapa kawasan di negeri ini terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir apabila rumah mereka ditenggelami air.
Sehingga jam 4 petang semalam, seramai 166 mangsa melibatkan 42 keluarga masih berada di tujuh pusat pemindahan.
Menurut Jurucakap dari Bilik Gerakan Banjir JKM, pusat pemindahan di SK Batu Bertangkup, Chuping dan Masjid Banggol Sena masing-masing menepatkan 17 mangsa daripada tiga keluarga.
"Seramai 57 mangsa dari 15 keluarga ditempatkan di inap desa Felda Chuping dan di Dewan Orang Ramai Padang Melaka menempatkan seramai 22 mangsa dari tujuh keluarga.
"Di Pusat Khidmat Mata Ayer menempatkan 29 mangsa dari tujuh keluarga dan lima mangsa dari keluarga ditempatkan di SK Guar Nangka,” katanya.
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man yang melawat ke pusat pemindahan berkata, penduduk diminta mengikut arahan pihak berkuasa jika berlakunya banjir.
"Ada penduduk enggan berpindah kerana bimbang rumah dimasuki pencuri namun mereka sepatutnya mementingkan keselamatan keluarga kerana banjir boleh menjadi lebih buruk tanpa diduga.
Sementara itu, mangsa banjir di pusat pemindahan diingatkan supaya mengutamakan kesihatan dengan memastikan air yang digunakan untuk makan serta minum adalah bersih.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Helmi Yahya berkata, wabak penyakit yang sering berlaku akibat banjir mampu dielakkan jika semua mangsa menjaga kebersihan.
“Pegawai dan anggota Jabatan Kesihatan sentiasa memastikan mangsa banjir tidak mengalami masalah cirit-birit atau keracunan makanan di pusat pemindahan,” katanya selepas merasmikan program khatan kira-kira 1,000 kanak-kanak di kawasan Parlimen Baling, di sini semalam.
Beliau berkata, selain itu pegawai perubatan juga akan memastikan setiap mangsa yang akan kembali ke kediaman masing-masing bebas daripada sebarang penyakit atau wabak.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/perlis-kedah-mula-dilanda-banjir-1.335994