erm so min payment monthly RM1250 right? mcm x relevant jer untuk golongan bawahan dan sederhana..
mksd aku kat sini sape nak perlindungan 1 JUTA ni min kena sumbang RM1250 monthly baru layak..so inilah part tersirat yg tidak dinyatakan dengan jelas kat 1st page..
aku pun teruja gak sejuta tuh kekekeke
memang kalau diikutkan tidak relevant untuk golongan bawahan dan sederhana. saya sudah pun bitau beberapa term asas iaitu :-
1) Orang yang ada duit dan mampu buat sumbangan
2) Orang yang lulus medical check up
dan, ISTSE lebih kepada tertumpu kepada golongan bisnesman or keyman. Saya amik contoh client saya, seorang pengusaha restoran. dier punya income tax hampir RM17,000 sebulan. memang seorang peniaga yang hebat lah. saya approach dier melalui pendekatan income tax, di mana, sekiranya beliau mengambil polisi ISTSE, beliau boleh reduce jumlah tax tersebut. income tax bagi perniagaan tidak sama income tax personal, hanya terhad RM6,000 + RM3,000. tapi untuk income tax perniagaan, ia adalah tidak terhad kerana ia tertakluk kepada perbelanjaan syarikat.
saya tawarkan polisi ISTSE ini, dan mencadangkan syarikat beliau (restoran) beliau menjadi pembayar, dan jadikan salah satu perbelanjaan syarikat. dan alhamdulillah, beliau telah bersetuju, bahkan dier amik polisi bernilai RM3.5 juta untuk reduce business income tax sebanyak 30%...well, not bad kan?
dan satu lagi kenapa ia dibayar secara tahunan? sebab ia dijadikan terus sebagai belanja syarikat...lagipun income tax kan kira belanja tahunan syarikat kan?
jadi, memang betul kata en.jutaone fahmi jika tidak sesuai untuk golongan bawahan @ sederhana..ISTSE lebih kepada golongan bisnesman or keyman dalam syarikat.