BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Perkongsian Yang Sangat Baik

min9797

Active+ Member
Messages
3,093
Joined
Aug 13, 2008
Messages
3,093
Reaction score
91
Points
30
Alhamdulillah... Rezeki ana bertemu seorang tua umur lebih kurang 68 tahun di Surau Al-Mujahidin Desa Surada sebelum solat Asar tadi...

Sempat berusrah sebentar bersama beliau... Antara nasihat beliau ialah soal kepentingan roh... perkara utama dalam segala urusan adalah roh... In Shaa Allah... sihat roh sihat lah jasmani kita... badan sakit bila roh sakit... oleh itu bila badan sakit perbetulkan roh... In Shaa Allah badan pulih semula selepas roh pulih...

Sebenarnya beliau juga adalah seorang peniaga... Jadi ana ambil kesempatan bertanyakan perkembangan perniagaan beliau semenjak kebelakangan ini...

Jawapan orang tua tersebut mudah je... Bagi dia Alhamdulillah... takde perubahan... ok je dulu dan sekarang... dan beliau nasihatkan ana untuk dekatkan diri ana kepada Allah... 'contact' antara ana dgn Allah kena rapatkan lagi... kena kemaskan lagi... ramai org yg mengaku Islam... waima yg sedang bersolat dalam masjid pun tapi takde 'contact' dgn Allah... macam mana nak 'contact' dgn Allah sekiranya solat jemaah pun tak betul... bahu tak bertemu bahu... tumit tak sama level... bagaimana nak 'contact' dgn Allah jika 'contact' antara imam dan makmum pun takde... imam buat hal sendiri jadi imam... makmum pun buat hal sendiri... pentingkan diri sendiri... hatta antara makmum dgn makmum pun tiada 'contact'...

Beliau sempat kongsikan dengan ana bagaimana Rasulullah 'memandu' makmum dibelakangnya untuk sama2 'contact' Allah... Rasulullah dan begitu juga para sahabat yang lain tak akan angkat takbir selagi makmum dan saf dibelakangnya tak betul... Saidina Umar malah menggunakan pedang untuk membetulkan saf dibelakang beliau... Baginda nabi Muhammad S.A.W. mengepalai jemaah seolah-olah suatu rombongan tentera yang penuh disiplin dan teratur lagi kemas untuk 'bertemu' Allah... Bukan setakat sebelum angkat takbir... Malah semasa rakaat2 selepasnya juga jemaah baginda S.A.W. memperkemaskan saf2 dalam 'contact' MEREKA sebagai jemaah 'bertemu' Allah...

In Shaa Allah bila kita kemas dalam solat... kita betul dalam solat... tak mustahil kita juga akan kemas dan betul bila di luar solat... dan sebenarnya perkara ini juga adalah petunjuk taufik dan hidayah dari Allah...

Bila ada masalah... terus mengadu pada Allah... jangan mengadu pada manusia atau makhluk lain...

Antara cara nak melatih roh atau hati kita ialah jangan bersangka buruk dgn org... Musuh adalah sahabat kita... Kalau ada sesiapa yang kita tak suka maka orang yang kita tak suka tu lah yang kita kena jumpa... Sama macam zaman Rasulullah.... macam2 yang Abu Jahal buat pada Rasulullah... Tapi Abu Jahal lah yang Rasulullah selalu berjumpa... banyak kisah sirah antara Abu Jahal dan Rasulullah... Berbanding dengan kita... kalau tak suka kat sesiapa kita akan buat tak tau dengan org tersebut dan kita terus tinggalkan dia... maka disaat kita tinggalkan org yg kita tak suka itu lah hati kita akan rosak... roh kita sakit... iman kita lemah...

Berbuat baik lah pada orang yg buat jahat pada kita.... ini juga yang biasa dipesan oleh Prof Dr Muhaya.... balas perbuatan jahat dgn kebaikan... jangan maki sebab nanti rosak hati...

Dalam berdoa pula... perkara yang mula2 sekali kita kena mintak ialah minta tambah iman dan taqwa.... jangan minta lagi yg lain2 selagi kita tak minta tambah iman dan taqwa... rahsianya ialah bila kita minta taqwa... In Shaa Allah bila ketaqwaan kita tinggi maka Allah akan selesaikan semua masalah kita... biar lah harga minyak naik atau apa2 masalah lain sekali pun... Allah tahu masalah kita dan Allah akan selesaikan segala masalah kita... dunia dan segala isinya berada di dalam genggaman Allah...

Masalah yang biasa kita hadapai ialah tak tau apa nak cakap dengan Allah... kita ada masalah tapi tak tau nak mengadu macam mana kat Allah... takpe... teruskan berdoa dan berdoa... In Shaa Allah dalam usaha kita berdoa tu nanti Allah akan ajar kita nak cakap apa... nak mengadu apa.... yg penting doa je...

Seperkara lagi ialah jangan pandang serong pada tareqat kerana ia adalah jalan menuju Allah... Tareqat terbahagi 2... Tareqat yang wajib adalah solat lebih2 lagi solat fardhu... tareqat sunat adalah amalan2 selainnya untuk mendekatkan diri kepada Allah... dan musuh2 Allah gemar menyalah gunakan perkataan 'SESAT' supaya orang2 Islam yang sensitif dengan perkataan 'SESAT' tidak mendekati Allah... maksudnya bila ada org tertentu yang musuh Allah tak suka maka mereka akan fitnah org tersebut 'SESAT' atau ada cara atau jalan menuju Allah yang betul maka musuh2 Allah akan cuba melabelkan cara atau jalan tersebut sebagai 'SESAT' maka kita yang tak cukup ilmu ni pun tak teruskan...

(p/s: kalau tak silap Prof Muhaya pun beberapa kali dalam ceramah beliau menyebut jalan menuju Allah - SYARIAT> TAREKAT> HAKIKAT> MAKRIFAT...)

Akhirnya dengan murah hati beliau kongsikan dengan saya satu amalan yang dia juga sedang usahakan... In Shaa Allah di sini juga saya kongsikan dengan rakan2 Facebook saya sekalian...

Untuk menyelesaikan apa juga masalah dan kesulitan yang kita sedang hadapi dan dalam memohon apa saja hajat terutamanya hajat2 besar... amalkan ini...

Dalam tempoh 40 hari istiqomah untuk berusaha bangun setiap hari jam 3 atau 4 pagi...
Amalkan solat taubat 2 rakaat... kemudian
Solat sunat tahajjud 2 rakaat... kemudian
Solat sunat hajat 2 rakaat...
Dalam solat sunat hajat rakaat pertama baca Qul Huwallahu Ahad 60 kali dan rakaat kedua baca Qul Huwallahu Ahad 40 kali... selepas dua salam terus sujud dan zikirkan Ya Latif 129 kali... selepas itu doa yg pertama sekali dan yang paling penting... minta Allah tingkatkan iman dan taqwa... kemudian pohonlah segala hajat...
Akhir sekali... Solat sunat witir 2 rakaat kemudian salam dan satu lagi rakaat witir dan salam...
(Kalau kita tertinggal atau terlupa bangun... hari esoknya berusaha lah buat amal lain sebanyak mungkin seperti sedekah atau boleh juga belanja kawan2 minum dan mohon Allah terima 'ganti' amalan kita yang tertinggal malam tadi dengan amal kebaikan yang kita baru lakukan pada ketika itu...)

In Shaa Allah selepas 40 hari... dengan izin Allah... hajat tercapai.... kalau tak tercapai pun mungkin Allah akan ganti dengan kebaikan lain...

Sekian lah sahaja perkongsian saya yang sempat saya rakamkan dan teringat... semata-mata adalah untuk peringatan bersama supaya mudah nak refer di masa2 akan datang dan juga sebagai panduan hidup bersama... In Shaa Allah yang baik dari Allah sebaliknya adalah atas kelemahan saya sendiri sebagai Hamba Allah... Wallahua'lam...


copy dari facebook..:D
 
ringkaskan..mmg berat utk kita yg biasa2 ni

Untuk menyelesaikan apa juga masalah dan kesulitan yang kita sedang hadapi dan dalam memohon apa saja hajat terutamanya hajat2 besar... amalkan ini...

Dalam tempoh 40 hari istiqomah untuk berusaha bangun setiap hari jam 3 atau 4 pagi...
Amalkan solat taubat 2 rakaat... kemudian
Solat sunat tahajjud 2 rakaat... kemudian
Solat sunat hajat 2 rakaat...

Dalam solat sunat hajat rakaat pertama baca Qul Huwallahu Ahad 60 kali dan rakaat kedua baca Qul Huwallahu Ahad 40 kali... selepas dua salam terus sujud dan zikirkan Ya Latif 129 kali...

selepas itu doa yg pertama sekali dan yang paling penting... minta Allah tingkatkan iman dan taqwa... kemudian pohonlah segala hajat...
Akhir sekali... Solat sunat witir 2 rakaat kemudian salam dan satu lagi rakaat witir dan salam...
 
Back
Top
Log in Register