BTC USD 83,836.5 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perkhidmatan internet TM terganggu

BasicCX

Super Active Member
Messages
6,223
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Perkhidmatan internet TM terganggu

Perkhidmatan internet Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini mengalami gangguan berikutan kerosakan sirkit pada kabel dasar laut yang menghubungkan Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) di Asian American Gateway (AAG) yang terletak di Lantau, China.

Menurut kenyataan TM hari ini, berikutan masalah itu, pelanggan akan mengalami sambungan internet yang perlahan ketika melayari laman-laman web yang dihoskan di Hong Kong dan AS.

Mereka yang menggunakan perkhidmatan Protokol Internet (IP) lain seperti Rangkaian Persendirian Maya (VPN) serta aplikasi perniagaan kritikal yang dihubungkan ke Hong Kong dan AS juga mungkin mengalami gangguan perkhidmatan.

Untuk mengatasi masalah itu, beberapa laluan internet dialihkan ke sambungan alternatif bagi mengurangkan kesesakan, tambah kenyataan itu.

Menurut TM berikutan kerja membaik pulih itu, trafik ke Amerika Utara dan Hong Kong dijangka mengalami gangguan manakala trafik ke negara lain adalah seperti biasa.

Para pelanggan TM boleh menghubungi syarikat itu di talian 100 dan pilih "perkhidmatan internet" atau menghantar e-mel di [email protected] untuk membuat laporan mengenai sebarang masalah perkhidmatan internet berkaitan.

- Bernama
 
patutla tenet stimix aku rs mcm beroookbeng..hehehe
 
bunguk tol la..huhu
 
ni kalo nak enter trade nak kena SL n TP sesiap..beringat siap2..
 
patut la beberapa hari nih nk surf CG pn lembap gile load... adakah server CG bkn di malaysia?:-?
skrg pn lembap nk load CG
 
setakat suh lapor je wat pe... tp bila tang minta rebate ..dok senyap.. suh gi TM point plak~X(.. ape TM point leh wat...
 
kabel bwah tanah rosak rupenya..
kali nie kes pe,ikan gigit ke..
 
patutlaaaa....berdenyut-denyut jer line ternet aku dua tiga menjak ni....:-?
 
Back
Top
Log in Register