BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perkasa = Kumpulan samseng

jimie lee

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
5,244
Joined
Jul 1, 2011
Messages
5,244
Reaction score
839
Points
111
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda Pas Malaysia MENGECAM dan MENYELAR kenyataan amaran dan ancaman Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Negeri Sembilan, Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah untuk melancarkan protes terhadap Timbalan Presiden Pas, Tuan Haji Mohamad Sabu sekiranya hadir berceramah di Negeri Sembilan pada masa akan datang.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda Pas Malaysia menganggap kenyataan Perkasa tersebut adalah kenyataan yang kurang cerdik dan dangkal yang hanya dilakukan oleh puak-puak yang tidak mempunyai keberanian untuk berhujah secara ilmiah dan beradab.

Sepatutnya pihak Perkasa melakukan protes terhadap akhbar Utusan Malaysia yang telah memutarbelitkan dan menyalahtafsirkan kandungan sebenar ucapan Tuan Haji Mohamad Sabu.

Perkasa perlu sedar, kini kebanyakkan para sejarahwan Malaysia telah bersetuju dengan pandangan bahawa Sejarah Malaysia perlu ditafsir dan ditambah nilai khususnya berkenaan isu kemerdekaan negara.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda Pas Malaysia meminta supaya pihak Polis melakukan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya di atas kenyataan Perkasa yang berbaur ancaman dan hasutan untuk melakukan kecederaan terhadap Timbalan Presiden Pas tersebut kerana sebelum ini telah berlaku satu insiden serangan yang telah dilakukan juga oleh Perkasa Negeri Sembilan terhadap Tuan Haji Mohamad Sabu di dalam satu program ceramah di Ampangan.

Kenyataan Perkasa ini juga menunjukkan bahawa mereka ini sebenarnya kumpulan ‘samseng’ yang tidak menghormati undang-undang Malaysia sebaliknya berselindung di atas nama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda Pas Malaysia memberi AMARAN kepada mana-mana pihak supaya tidak mengambil sebarang langkah yang membelakangkan undang-undang untuk memudaratkan pimpinan parti Pas kerana KAMI, Pemuda Pas akan sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan demi untuk mempertahankan kepimpinan parti Kami.

MOHD SANY BIN HAMZAN
PENGARAH JABATAN PILIHANRAYA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
 
Ramai dah tau. bukan saja PERKOSA malah UMPORNO sendiri ramai terdiri dari mereka2 yg samseng tak bertempat. Berani hanya kerana dilindungi oleh UMPORNO.
 
Ramai dah tau. bukan saja PERKOSA malah UMPORNO sendiri ramai terdiri dari mereka2 yg samseng tak bertempat. Berani hanya kerana dilindungi oleh UMPORNO.

samsing taik kucing..je..hehe :(scam
 
katak nie nak bertanding atas tiket BN kot PRU nnt... tu yg dok nyalak sana sini... rasanya dlm CG nie x nmpk lagi pengikut katak nie kan... dok dendiam la katak oii, panggil ujan ikut musim laaaa...
 
katak nie nak bertanding atas tiket BN kot PRU nnt... tu yg dok nyalak sana sini... rasanya dlm CG nie x nmpk lagi pengikut katak nie kan... dok dendiam la katak oii, panggil ujan ikut musim laaaa...

KATAK OWH KATAK...MENGAPA KAU PANGGIL HUJAN... :eek: :eek:
 
Back
Top
Log in Register