BTC USD 86,522.6 Gold USD 4,364.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perkara pelik berkenaan Jambatan Sultan Abdul Halim

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
Jambatan kedua Pulau Pinang

PENANG_SECOND_BRIDGE_180214_1PIX_540_375_100.jpg


Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah digambarkan oleh juru perunding jambatan tersebut sebagai tempat yang paling selamat di Pulau Pinang. Punyalah selamat sehinggakan jika berlaku gempa bumi di Pulau Pinang, Aceh, Sumatrera atau lain-lain tempat di sekelilingnya, anda hanya perlu lari duduk atas jambatan itu saja.

Jambatan ini telah dilengkapi dengan teknologi anti gegaran yang paling canggih di dunia.

Teringat saya berkenaan Kapal Titanic yang karam dilautan dalam dulu. Betapa terujanya para jurutera pereka dan pembina kapal besar itu sehingga mereka gambarkan dengan kenyataan, "Tuhan sendiri tidak mampu karamkan kapal besar itu!!!"

Elok kita sederhanakan dakwaan kehebatan kita dengan berkata Insyaallah, dengan izin Allah.

Perkara pelik:
Tiada Ruang Kecemasan Atas Jambatan:

Apa yang saya perhatikan sepanjang menaiki jambatan ini dari awal sampai hujung jambatan tak ada ruang kecemasan untuk kereta yang mengalami kerosakan atau kemalangan.

Memang ada jalan kecemasan (sempit yang hanya muat untuk satu kereta sahaja), tapi itu bukan ruang kecemasan. Jika ada kerosakan atau mengalami masalah tayar pecah atas jambatan, alamat memang sukar untuk menukar tayar tanpa mengganggu lalu lintas.

Dinasihatkan jangan buat apa-apa selagi tiada peronda lalu lintas yang memantau kerja tukar tayar kerana ianya amat membahayakan diri anda sendiri.

Itulah yang menghairankan saya kenapa mereka tak menyediakan ruang kecemasan pada jambatan paling kukuh dan paling panjang di Asia itu...?

Teori Kenapa Tak Ada Ruang Kecemasan:
Setelah berbincang dengan kawan-kawan semalam, kami mengeluarkan beberapa andaian kenapa pihak jambatan kedua tidak menyediakan ruang kecemasan. Berikut adalah kemungkinan yang ada:

Terlupa
Barangkali semua orang terlalu teruja nak siapkan projek mega itu, sehinggakan mereka terlupa bahawa ada kemungkinan berlaku kesesakan dan membahayakan jika kemalangan atau pecah tayar di atas jambatan.

Tunggu Fasa Ke-2
Ini satu lagi teori yang munasabah. Untuk membuat keuntungan yang lebih lagi, maka disengajakan tidak membina ruang kecemasan pada fasa pertama. Bila berlaku masalah nanti, maka fasa kedua terpaksa di rangka untuk membolehkan pembinaan ruang kecemasan. Ini dapat menambahkan keuntungan pembina atau kontraktornya.

Sengaja
Ini juga satu lagi kemungkinan berdasarkan perkiraan bahawa lalu lintas tidak akan berlaku kesesakan seperti mana yang berlaku pada jambatan pulau pinang pertama. Adalah diangarkan sebanyak 30% sahaja daripada kesesakan di jambatan pertama akan reda.

Ini bermakna kemungkinan hanya 30% sahaja jumlah kenderaan yang menggunakan jambatan pertama akan beralih kepada jambatan kedua. Oleh itu tak perlu pada ruang kecemasan.

sumber http://www.pendapatanda.com/2014/03/kelemahan-jambatan-sultan-abdul-halim.html
 
Last edited:
Hmmmm ade betul jgk..klau xde space utk ruang kecemasan..payah jgk wooo
 
sebab apa tak buat lorong 3+1 sehala...
 
ptotnya ada port mancing kt situ

takde tu yg pelik
 
sepuloh tahun lagi ,
jambatan pertama khas sehala untuk masuk penang, jambatan kedua khas sehala untuk keluar penang
 
yg pelik bagi aku part yg 'terlupa' tu aje.
mustahil kot advance punya contractor boleh lupa.
pendapat yg lain, boleh jadi alasan yg relevan.
 
sepuloh tahun lagi ,
jambatan pertama khas sehala untuk masuk penang, jambatan kedua khas sehala untuk keluar penang

sepatutnya start sekarang...masuk bayar..keluar bayar...:)cgrock
 
Apa plak xda.. Duk je kat tiang konkrit bawah jmbtan tu.. Jmbtan lama ramai duk situ buat port mancing.

atas jalan tu bukan tiang
 
kena gaya penulisan mcm pro..tp kalau amati btl2 kdg isi mcm tadika pun ada:))..pendapat 20c jer..
tp isu space untuk kecemasan tu mmg pelik gak tkder
 
Back
Top
Log in Register