BTC USD 60,856.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perkahwinan Pemuda Pas, isteri diragui

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,416
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,416
Reaction score
257
Points
81
KOTA BHARU - Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan mufaraqah (tidak tinggal bersama) dengan isterinya yang juga anak ahli perniagaan.

Hakim Syarie, Mohd Yusof Awang memerintahkan Rosli Allani S Abdull Kadir, 35, yang juga bekas Pembantu Khas Exco Kelantan bersama isterinya, Ilyani Mohd Nor, 30, tinggal berasingan sementara kerana dokumen perkahwinan mereka diragui dipercayai terlibat perkahwinan sindiket.

Plaintif, Mohd Noor Che Man, 58, adalah bapa kandung kepada defendan kedua, Ilyani tidak bersetuju dengan perkahwinan anaknya bersama defendan pertama, Rosli Allani kerana disyaki tidak memenuhi rukun dan syarat perkahwinan yang sah berikutan tata cara perkahwinan dan surat perakuan nikah itu adalah dokumen tidak sah.

Pernyataan tuntutan membatalkan perkahwinan terhadap kedua-dua defendan berkenaan difailkan Peguam Syarie plaintif, Mohd Zaki Zainal Abidin.

Peguam plaintif, Mohd Zaki berkata, plaintif juga tidak bersetuju permintaan defendan pertama supaya perkahwinan dengan defendan kedua dilakukan semula untuk menyelesaikan perkara tersebut di luar mahkamah.

Mohd Noor berkata, anak sulungnya daripada lima beradik itu dikatakan berkahwin pada 26 Disember 2008 di Masjid Subang Airport, Subang Selangor dengan defendan kedua.

“Saya dimaklumkan oleh anak saya perkahwinan sebenar adalah dipercayai pada 7 April tahun ini. Saya kecewa dan terkilan dengan tindakan defendan pertama yang berkahwin tanpa mengikut syarat-syaratnya dan membelakangi saya sebagai walinya kerana kahwin Melayu ada adat.

“Mengikut adat kita hendak berkahwin ni mesti masuk meminang serta datang ke rumah untuk mengenalkan ahli keluarga masing-masing ini pula tidak berlaku,” katanya semalam ketika ditemui di luar mahkamah.

Mohd Noor berkata, dia meragui perkahwinan berkenaan kerana tempat perkahwinan dan dokumen saling bertentangan.

“Saya mengetahui perkahwinan ini kerana mereka dikatakan ingin berkahwin semula dan saya mengambil tindakan kerana ia melibatkan hukum agama dan maruah keluarga.

“Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga mengeluarkan surat menyatakan surat perakuan nikah bagi pasangan berkenaan tidak dikeluarkan dan tidak tercatat dalam buku daftar perkahwinan di Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga Jawi," katanya.

Mahkamah memerintahkan tarikh perbicaraan pada 26 April 2010.
 
adeh, thread ni takyah la bukak...apa kes citer pasal peribadi org nih...

sekadar pandangan gue jer... :)
 
Thread yang tak best langsung.....
pasal nikah pun nak kecah ke??
aduiii...
 
janji halal.... walaupun cara tak elok.. kawin dua,tiga ni tak kira PAS atau UMNO..
 
Back
Top
Log in Register