BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perkahwinan Dynas

missdealova

Fun Poster
Messages
382
Paid Membership
Joined
Dec 9, 2005
Messages
382
Reaction score
12
Points
15
BIJAK sungguh pelakon tinggi lampai, Dynas yang popular yang memegang watak sebagai Cinda drama bersiri Susuk ini menyembunyikan kisah cintanya daripada di hidu pihak media selama ini.

Namun setelah mengambil keputusan ingin berumahtangga barulah dia tampil membuat pengakuan yang hatinya sudah dimiliki dan bakal disatukan dengan insan yang betul-betul memahami dirinya.

Insan yang bertuah mencuri hati si cantik manis ini adalah Mohd Hafizy Mohd Hafiz yang merupakan seorang usahawan dalam industri permotoran negara.

Kedua mempelai ini telah selamat disatukan pada 15 Mac yang lalu di kediaman keluarga Dynas di Seksyen 9, Shah Alam.

Pada sebelah malam nya pula, berlangsung majlis persandingan yang diadakan khas untuk keluarga terdekat di hadiri kira-kira 100 orang tetamu di rumah keluarganya.

Kedua merpati sejoli ini tampil anggun dan kacak dalam busana songket berwarna kuning diraja tajaan Glam Collection.

dynas1mw3.jpg

Ayah Dynas, Datuk Wan Mokhtar Wan Mohamad memulakan upacara menepung tawar kedua-mempelai.

Majlis menepung tawar pengantin baru ini dimulakan dengan ayah pengantin perempuan, Datuk Wan Mokhtar Wan Mohamad dan dikuti oleh ibunya, Datin Rasiah Shaharuddin.

Pengantin bersanding di pelamin indah yang dihias dengan bunga-bungaan segar bagi menambahkan keserian majlis tersebut yang turut di taja oleh Butik Glam Collection milik Wan Noor Rizan.

Selepas upacara menepung tawar turut diadakan majlis makan beradap bagi kedua pengantin baru ini.

dynas2jr5.jpg

Dynas dan Fizy semasa majlis makan beradap di malam persandingan mereka yang berlangsung di kediaman keluarga Dynas

Ketika ditanya apa yang membuatkan Dynas tertarik dengan jejaka tinggi lampai ini, Dynas lantas menjawab,

"Dia cukup faham kerjaya saya, sebagai insan seni.

"Fizy juga merupakan pendorong serta penyokong utama dalam perjalanan karier seni saya," kata Dynas yang pernah membintangi filem Kayangan dan Haru Biru.

Katanya bukan mudah untuk mencari lelaki yang betul-betul memahami kerjaya yang diminatinya ini.

"Dia juga seorang yang penyayang, memahami, matang dan paling penting dia menghormati kedua orang tua serta keluarga saya," kata Dynas sambil menjeling manja di sisi suami tercinta.

dynas3yp4.jpg

Pasangan pengantin baru ini mahukan dua orang anak sebagai penyeri rumah tangga yang baru dibina

Menurut Dynas itulah yang menjadi kriteria utama dia memilih Fizy sebagai lelaki terakhir yang dapat menemani serta membimbingnya ke alam berumah tangga selepas ini.

Bagi Fizy pula, Dynas menjadi pilihan hatinya kerana dia bukanlah seperti insan seni yang mementingkan status semata-mata.

"Dynas tidak kisah untuk makan di mana sekalipun dan dia bersederhana dalam banyak perkara.

"Itu yang membuatkan perhubungan kami selama dua tahun kurang menghadapi masalah".

Ketika diajukan sama ada Fizy bakal memberi izin kepada Dynas untuk terus berlakon, dia berkata:

"Terpulang kepada Dynas sama ada mahu berlakon atau tidak, saya tidak akan menghalang dia.

dynas4th6.jpg

Pasangan pengantin yang sama cantik dan sama padan, Dynas dan Fizy ternyata ceria walapun penat ketika bersanding di atas pelamin yang dihiasi bunga-bungaan segar

"Sebab semasa kami berkawan dia memang sudah bergelar pelakon.

"Asalkan dia tahu membahagikan masa dan tahu statusnya sebagai isteri orang sudah cukup bagi saya," kata jejaka yang berusia 36 tahun ini.

Kedua pasangan pengantin baru ini telah bersepakat mahukan dua orang anak bagi menyerikan lagi mahligai yang baru dibina.

"Kalau boleh saya mahukan anak dua orang sudah cukup, seorang lelaki dan seorang perempuan," kata Dynas sambil diiyakan oleh Fizy di sisi.

Bagi Dynas dia tidak menyesal mengakhiri zaman bujangnya pada usia muda.

"Saya tidak kisah berkahwin muda, walaupun ada yang berkata popularti saya sedang memuncak.

"Peminat sekarang sudah bijak menilai dan mereka lebih menghargai bakat pelakon seseorang pelakon," kata Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Datuk Wan Mokhtar.

"Saya sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu," kata Dynas yang bersedia menimang cahaya mata jika dikurniakan dalam tempoh terdekat ini.

Kerana kesibukan kerja pasangan pengantin baru ini terpaksa menangguhkan bulan madu di Pulau Boracay, Filipina hingga pertengahan April nanti.

Satu lagi majlis resepsi bakal diadakan pada 22 Mac ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) manakala majlis sambut menantu bakal diadakan di Hotel Holiday Villa pada 27 Mac nanti.

Pada majlis persandingannya 22 Mac ini Dynas memilih tema Inggeris dan dia bakal memukau tetamu yang hadir dengan menggayakan gaun labuh berwarna kelabu rekaan Saiful Bahrim bagi upacara memotong kek pada hari tersebut.

Sementara itu, pada 27 Mac baju persalinan rekaan dua pereka berbakat Saiful Bahrim dan Amir Lokman menjadi pilihan Dynas untuk digayakan nanti.
 
Dynaz muka matured giler... cam xcaya umur baru 25...
 
pic tak buh sekali ker...
dynas muka dia tak berubah laa waktu kawin
still camtu gak...mgkn da selalu solek tu yang orang tgk biasa jer tu
 
nnti klu aku ader pic dynas aku buh sekali
 
teringat lagu ni
~~sudah kawen kah belum, ~~baru jumpa dah senyum~~
 
ade rakaman yg malam punye x? eh silap tanye lak gambo2 lain x dek ke?
 
Back
Top
Log in Register