BTC USD 63,127.0 Gold USD 4,289.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perjuangan belum berakhir

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
image%2B(1).jpg

BAGI penggemar filem The Hunger Games, pastinya ternanti-nantikan sekuel terbaru, Mockingjay – Part 1, yang diterajui aktres cukup hebat, Jennifer Lawrence. Sebagai Katniss Everdeen, ternyata Lawrence berjaya mencetuskan fenomena tersendiri menerusi karya adaptasi ciptaan Suzanne Collins.

Filem arahan Francis Lawrence ini turut mengekalkan barisan pelakon seperti Josh Hutcherson, Liam Hemsworth, Woody Harrelson, Elizabeth Bank dan Donald Sutherland, yang berjaya menyerlahkan peranan dan sisi tersendiri.

Boleh disifatkan sebagai filem yang berbeza dan punya identiti tersendiri, The Hunger Games, bukan semata-mata menawarkan 'permainan' dan konflik kuasa pemerintahan di sebuah negara bernama Panem, sebaliknya punya simbol serta mesej tertentu yang boleh dihayati bersama.

Sebelum penulis mengulas lanjut mengenai sekuel terbaru filem ini, ada baiknya kita imbau terlebih dahulu dua siri sebelum ini; The Hunger Games (2012) dan The Hunger Games: Catching Fire (2013).

Menerusi episod pengenalan (The Hunger Games), watak Katniss Everdeen mula diperkenalkan. Dia menetap di Distrik 12 bersama ibu dan adik perempuannya. Menjadi tradisi selama 74 tahun, keseluruhan Distrik ( kesemuanya 12 Distrik) dikawal oleh pemerintah kuku besi, Presiden Snow (Donald Sutherland). Setiap Distrik akan dipilih menyertai pertandingan realiti The Hunger Games, yang memerlukan peserta berbunuhan antara satu sama lain. Di saat nama adiknya terpilih mewakili Distrik 12, Katniss menawarkan dirinya sebagai ganti. Secara tidak langsung dia muncul sebagai 'wira' dan popular di seluruh Panem. Berpasangan dengan Peeta Mellark (Josh Hutcherson), Katniss mempunyai cara tersendiri untuk mengharungi setiap cabaran tanpa perlu membunuh peserta lain.

Menjadi peserta kesayangan ramai terutama golongan kaya raya di Capitol, ibu negara Penam, peranan Katniss sebagai boneka permainan itu masih diteruskan dalam sekuel kedua The Hunger Games: Catching Fire. Menariknya, menerusi sekuel ini, Katniss mula jatuh cinta dengan Petta Mellark yang pernah menjadi orang paling dibencinya. Selain kisah cinta tragis mereka, Katniss juga berjaya menghidupkan satu semangat luar biasa terhadap penduduk malang di seluruh 12 Distrik. Sehinggalah dia 'hilang' di akhir permainan...
Ke mana hilangnya Katniss Everdeen? Anda hanya akan tahu selepas menonton sekuel terbaru The Hungger Games: Mockingjay – Part 1 di pawagam!

Melihat pada judulnya, Mockingjay – Part 1, nyata ia merujuk terhadap satu fasa baharu dalam siri The Hunger Games. Jika sebelum ini, penceritaan dan plot lebih tertumpu kepada medan pertarungan Katniss dalam program realiti maut, di mana dia dan peserta lain ditempatkan di satu gelanggang khas di Capitol, namun kali ini jalan ceritanya sangat berbeza.

Ia bukan lagi mengenai 'games' atau perlawanan semata-mata, sebaliknya lebih kepada peperangan antara Katniss dan Presiden Snow. Malah Sikap berani Katniss turut menjadi pembakar semangat terhadap seluruh penduduk Distrik untuk bangkit menentang kekejaman Presiden Snow dan sekutunya.

Mockingjay itu juga merujuk kepada diri Katniss yang sangat sinonim dengan simbol burung ( Mockingjay) berserta kebolehannya memanah dengan baik. Jika anda perasan simbol ini sememangnya sudah terserlah dengan imej Katniss sejak dalam siri pengenalan lagi, di mana pin Mockingjay sentiasa berada bersamanya.

Mockingjay – Part 1 bermula dengan kisah Katniss yang dilarikan oleh Quarter Quell, sekumpulan pemberontak dari Distrik 13 yang dipercayai telah dihapuskan oleh Presiden Snow. Mempunyai misi yang sama, Katniss bekerjasama dengan kumpulan ini untuk menjatuhkan kuasa kapitalis yang selama ini diamalkan Presiden Snow.

Muncul sebagai ikon atau lebih tepat sebagai Mockingjay, Katniss melancarkan pengaruhnya untuk menghapuskan kuasa dan pengaruh Presiden Snow. Dalam pada itu, Capitol semakin membenci Katniss dan sesiapa saja yang menyokongnya akan dibunuh. Lebih malang, apabila kekasihnya, Peeta Mellark, menjadi tawanan Presiden Snow.

Tidak lari dari konsep realiti yang seakan sudah menjadi identiti The Hunger Games, sekuel ini turut membawa pengaruh itu menerusi setiap naratif penceritaan. Imej Katniss sebagai ikon terus dihidupkan dengan kostum khas yang menyerlahkan lagi sisi kepahlawanannya. Malah peranannya sebagai Mockingjay turut dirakam sekumpulan produksi yang dilantik Quarter Quell.

Bagaimanapun peranan Katniss kali ini dilihat agak terbatas dan usahanya lebih dalam perjuangan membangkitkan semangat golongan tertindas di seluruh Distrik untuk terus menentang kekejaman Presiden Snow.

Jika dinilai dari segi jalan cerita dan plot, sekuel ini dilihat agak perlahan berbanding filem sebelum ini. Dengan erti kata lain, tidak banyak aksi yang dipaparkan. Dari permulaan cerita lagi, plot banyak tertumpu pada dialog dan perbualan antara karakter, sesuai dengan genrenya sebagai drama. Namun ia bukanlah kecacatan besar filem ini kerana setiap plot akan memberi jawapan terhadap persoalan penonton.

Tidak lagi tertumpu pada gelanggang pertarungan, pengarah cuba mempelbagaikan lokasi dan seting penggambaran. Selain mewujudkan lokasi baharu, iaitu kediaman puak pemberontak di dalam tanah, pemilihan prop seperti pesawat dan senjata juga mampu membuatkan penonton terpegun. Malah teknik kamera dan CGI juga banyak membantu filem ini nampak lebih realistik. Di sebalik kecanggihan Capitol, penonton juga dapat melihat kemusnahan ketara Distrik 12 serta kesengsaraan golongan yang ditindas.

Selain simbol Mockingjay dan perjuangan Katniss, hakikatnya ada sesuatu yang lebih berharga dalam filem ini. Kekuatan The Hunger Games bukan sahaja terletak pada konsep dan identitinya, tetapi juga pada mesej yang tersirat.

Pesona dan bakat Jennifer Lawrence di layar perak tidak perlu dipertikaikan lagi. Pernah dinobatkan sebagai Aktres Terbaik dalam Anugerah Academy dan Golden Globe menerusi filem Silver Linings, aktres kelahiran Amerika Syarikat ini berjaya menyerlahkan lagi sisi lakonannya dalam filem The Hungers Games. Sejak pertama kali muncul sebagai Katniss Everdeen, ramai yang menyifatkan Lawrence merupakan pilihan paling tepat untuk karakter itu. Selain memiliki wajah yang cantik, Lawrence juga begitu bijak menjiwai watak sehingga nampak begitu serasi sebagai Katniss Everdeen. Malah kerana watak itu juga, dia pernah dipanggil dengan gelaran Katniss di kalangan peminatnya.

Selain Lawrence, peranan Liam Hemsworth sebagai Gale Hawthorne juga dilihat semakin menyerlah menerusi sekuel kali ini. Jika sebelum ini, babaknya hanya boleh di bilang dengan jari, kali ini dia lebih memainkan peranannya di sisi Katniss. Sebagai orang yang pernah dicintai Katniss, dia cuba melindungi Katniss dengan sebaik mungkin sehingga sanggup menggadaikan nyawanya sendiri.

http://www.cari.gold/2014/11/perjuangan-belum-berakhir.html
 
boring je. baru td aku p tgk. bagi yg peminat tegar myb seronok kot cerita ni
 
Back
Top
Log in Register