Mmg susah bila hidup kita tak "smooth". Ramai sini pandai bercakap, tetapi tak sedar kalau kena kat batang idung, akhirnya tak tercakap apa2 jua... dan duduk termenung je le. Saya faham sgt dgn apa yg ruth lalui ni. Saya juga melaluinya BEBERAPA KALI.. bukan sekali dua... saya sentiasa lihat pada perkara yg tak smooth ini secara begini:
1. mungkin Allah mahu uji kesabaran kita, kerana bila kita bersabar GILA GILA PUNYA SABAR... jadi Allah akan menyayangi kita GILA GILA juga.
Dalam Quran: Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan SABAR dan dengan SOLAT; dan sesungguhnya SABAR & SOLAT itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang rendah diri;
2. mungkin Allah ingin membalas dosa2 besar yg kita pernah lakukan di muka bumi ini, supaya Allah boleh ampunkan dosa2 lain yg kecil di akhirat nanti. Saya mmg rasa padan muka saya je sbb buat dosa. Redha dan terima je hukuman Allah.
Jadi kesimpulannya, SABAR dan SOLAT.