BTC USD 81,985.4 Gold USD 4,129.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perjalanan yang tak smooth

Assalamualaikum TT..

semua org akan berasa mcm tu kerana NAFSU...yg kaya pon tamak lagi...
perang paling besar buat kita PERANG HAWA NAFSU..

dulu aku pon mcm tu...sejak aku mencari sesuatu buat hidup aku..
DUNIA INI KOSONG...
yg kita bawa keesokan hari hanya amalan...

Alhamdulillah diwaktu sekarang aku ade sebuah kereta utk aku mencari rezeki...ia berbalik pada tujuan kita...zahir musnah bagi yg mimpi..musnah kerana cinta akan dunia..

ia bukan pada rupa bersongkok,bertudung labuh...berperwatakan alim..namun amalan kita adalah RAHSIA KITA DGN ALLAH...
 
cube try duduk sama2 dengan orang yg lebih susah.
baru kita rasa untung dan bertapa banyak nikmat kita ada selama ni padahal kita ja rasa kita susah..
 
org jahat idup smooth sbb Allah bagi sume tu dgn kebencian..istidraj kalau xslap aku..sbb Allah bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim..knapa org jahat mcm Firaun..Mustafa Kamal Attartuk tu sume bley hidup senang lenang..dapat ape yg dorang nak..sume tu rahsia Allah..Allah xbg kite hdup senang sbb die nak dengar kita merintih,mengeluh kat Dia..I-Allah ada jalan atas setiap kebuntuan..cuba yg +ve ya.. :D
 
satu je utk ruth

- jgn sesekali banding2kan diri sendiri dengan orang lain cthnya adik beradik dan kwn2 dan orang di sekitar kita. mereka adalah mereka dan kita adalah kita. kita berbeza dari mereka & ruth kena tetapkan prinsip sendiri utk jadikan itu sebagai kekuatan dalam diri. ingat yer :)
 
awak tk pernah rasa apa yg saya rasa?

kalau tak pernah, mmg awak hebat.

sudah tentu saya pernah rasa mcm yg awk rasa,tp tidak sampai tahap

contoh. bila aku dalam kesusahan, aku takut aku terfikir dan berpendapat
"pedulik apa. orang lain pun susah gak"

sebab,jika sy terasa susah hati atau dilanda kesusahan dan terasa diri down,sy akan ucapkan Astaghfirullahalazim,wkt senang dan happy sy ucap Alhamdulillah dan Subhanallah,wkt lihat benda2 yg ajaib dan mengkagumkan sy ucap Allahuakbar,wkt lihat masjid sy Selawat...

sy x la alim dan x la bagus,cuma sy berpegang dgn kata2 mak sy supaya lafazkan kalimah2 itu diwaktu dan ketika yg sesuai,maka saya buat dan terbukti jiwa saya tenang dan tenteram...

sebenarnya hidup ini mudah cik ruth,jika kita sentiasa ingat dan yakin pd Allah,Allah akan sentiasa permudahkan hidup kita dan kehidupan harian kita...

jika cik ruth dlm situasi susah atau senang,apa cik ruth buat...?
 
Last edited:
Satu hikayat

Dimasa lampau ada dua orang mukmin dan kafir, keduanya pergi untuk memancing ikan. Si kafir jika akan mengangkat jalanya menyebut nama berhalanya, maka ia mendapat ikan yang banyak sedang si Mukmin jika akan mengangkat jalanya menyebut nama Allah s.w.t. tetapi tidak mendapat apa-apa.

Apabila hari telah hampir maghrib baru mendapat ikan dan ketika diangkat tiba-tiba ikan itu bergerak-gerak dan jatuh kedalam air kembali, maka kembali siMukmin tidak membawa apa-apa sedangkan si kafir punuh jalanya dengan ikan. Maka menyesal Malaikat yang

menjaga siMukmin itu dan ketika ia naik kelangit, Allah s.w.t. memperlihatkan kepada Malaikat itu tempat yang disediakan oleh Allah s.w.t. untuk si Mukmin dalam syurga sehingga Malaikat itu berkata: "Demi Allah tidak bererti (tidak apa-apa) penderitaannya didunia jika kelak ia akan mendapat ini."

Juga diperlihatkan tempat sikafir dalam neraka, maka Malaikat itu berkata: "Demi Allah tidak berguna apa yang ia dapat daripada dunia, jika kelak ia akan kembali kesini."

SUMBER
 
For every person fortune's,there must be another person's unfortunate.
 
org jahat idup smooth sbb Allah bagi sume tu dgn kebencian..
mana de sume ni... smooth tu sume dlm fikiran kita je...org yg kita kata smooth tu pun fikir kita smooth gak..dia pun tanya napa dia xsmooth mcm kita... cmtula sebaliknya..

penyelesaian yg biasa digunakan utk menangani mslh smooth xsmooth ni hanyalah dgn syukur... makam syukur dan sabar itu berbeza.. bukan semua org yg sabar itu mampu bersyukur,tetapi insan yg mampu bersyukur sudah semestinya memahami kesabaran dgn baik tanpa prejudis... taraf syukur itu lebih tinggi dari taraf sabar,buktinya brapa ramai dari kita bersabar sbb terpaksa? :D
 
satu je utk ruth

- jgn sesekali banding2kan diri sendiri dengan orang lain cthnya adik beradik dan kwn2 dan orang di sekitar kita. mereka adalah mereka dan kita adalah kita. kita berbeza dari mereka & ruth kena tetapkan prinsip sendiri utk jadikan itu sebagai kekuatan dalam diri. ingat yer :)

mmg taknak banding..
sbb aku ialah aku spertimananya aku.
tapi..


mesti akan ada rasa membanding.
pastu kalau banding ngan yang lagi worst tu oke la..
masalahnye suka sangat banding nngan yang lagi terer.

mmg haru la.
 
Back
Top
Log in Register