BTC USD 85,544.8 Gold USD 4,163.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perjalanan yang tak smooth

mmg kadang2 aku rasa cool.. rasa bertuah atas apa yang aku ada,
tapi normal la.. NAFSU. tak pernah cukup.

sampai satu tahap.

kenapa orang jahat hidup best.

kejar akhirat, dan ko jgn jadi hamba kepada nafsu dunia.

org jahat hidup best? semua atas usaha masing2.dah dia usaha utk hidup best dan cara nye betul, maka dia dapatlah, tak kire la dia jual dadah ke pompuan ke jual ayam ke tapi kalau cara nye betul maka dia dapatla ape yg dia nak tu. tapi kesudahannye aku rasa ko sndiri pun bleh tahu.
ko rasa org2 yg best skrg ni semuanye lepas beranak membesar trus hidup best? bg aku smua org pernah merasa susah tu, cuma persoalannya bagaimana mereka overcome sesuatu kesusahan, yg buat mereka berjaya..

pegangan aku, semua terpulang pada diri sndiri. ko nak masuk syurga, ko usaha nak masuk syurga, ko nak kaya dunia ko usaha la sampai ko kaya. semua ko bpleh dapat jika kena pada jalan dan cara.
cuma satu. kalu kt tak berjaya jgk, mungkin ada sesuatu yg lebih berbaloi utk kita.

senang cite, usaha, tawakkal, redha..

org lain punye best tu tak payah nak amik port. tgk diri sndiri punye usaha dulu layak ke utk dpt mcm yg org lain dapat.
 
Bersyukur la kita masih bernafas lg didunia ini......itu semua ujian dari allah s.w.t.......mkin ada hikmah di sebalik apa yg berlaku di dalam diri kita.........insyallah.....
 
Assallamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdullillah

Anakanda Fairy yg cun melecun...:D

Bila "Terasa Hati"....ingat pada Baginda Rasullullah s.a.w...Terus bacakan Solawat....kalau nak berlagu pun terlebihlah baiknya..:D

Baginda Rasullullah s.a.w adalah kekasih Allah...yg melebihi martabatnya dari segala maklukh seisi alam...baik jin & manusia ..baik drp permulaan dunia hingga akhirat..:D

Tetapi...

Rasullullah s.a.w juga dihina, dicaci maki....siapa lah kita :((

Rasullullah s.a.w patah gigi serta luka dibelasah org sewaktu perang Uhud.....siapalah kita :((


Rasullullah s.a.w pernah diusir...diburu..dsbnya...siapalah kita..:((



Sedang kita tidur lena berlapik tilam 8" ...2 lapis!...Rasullullah s.a.w hanya tidur diatas sehelai kain...nipis je...tak berlapis pun...

juga pernah Rasullullah tidur berlapik papan kasar hingga ternampak bekas dibadan Baginda s.a.w yg mulia...


Tetapi...begitulah Allah berikan kepada Kekasih NYA..
 
tt kau dah cuba jadi jahat ??? kalau belum cuba jadi lah jahat,, lepas tu kasi feedback best ke tak yek ...
 
aku alami apa yg ko alami..aku rasa ramai yg alami mcm kita ni..tapi apa yg aku buat, ialah cuba terima semuanya..terus kan hidup seperti biasa..usaha tanpa jemu..bersyukur dgn apa yg diberi walaupun xseberapa..dan hingga kini aku masih mampu bertahan harungi hidup ini..syukur sangat2..

yup.. menerima.. dan teruskan cerita seperti yang telah kite pilih di alam lampau.


cume rasa ini... setiap rs yang Tuhan mahu kite rasa.


aku mmg sedar akan kebenaran ini.
cerita yang telah ditetap.

"engkau ialah apa yang kau pilih"

tpi...


aku cume takut kalau satu hari nnt aku jadi seorang yang IGNORANT.

aku takut aku sudah mula tidak peduli pada semua orang dan persekitaran...
 
kat sini kita menangis sebab nak kan kasut baru, sampaikan kadang2 kita x sedar, kat tempat lain ada orang menangis disebabkan xde kaki.

betul.. tp ayat2 mcm ni selalu dapat pujuk aku kejap je..

bukan aku tak bersyukur. aku bersyukur atas apa yg ada.
and aku selalu dapat peluang yang senang.

contoh.. di saat aku memerlukan pekerjaan yang baru, terus aku dpat dengan senang. alhamdulillah.
and kene parttime aku ni pun aku dapat dengan senang.


tapi tu la.... ..

haih.....
 
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Ar-R'ad:28)

Kalo dah hidup 20-30 tahun tapi kita rasa still tak tenang..stll x bahagia..bukan ke logiknya ada something wrong dgn kefahaman kita? konsep kita? prinsip kita? prasangka kita? amalan kita? ibadah kita?

Eloklah kita sama2 cari mana yang tak kena tu..
 
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Ar-R'ad:28)

Kalo dah hidup 20-30 tahun tapi kita rasa still tak tenang..stll x bahagia..bukan ke logiknya ada something wrong dgn kefahaman kita? konsep kita? prinsip kita? prasangka kita? amalan kita? ibadah kita?

Eloklah kita sama2 cari mana yang tak kena tu..

Berjela jela aku tulis pasal zikrullah..ada gak hamba Allah yang keluarkan dalil quran.

itu aja jawapan dia.. zikrullah. Amal..selesai masalah..semua masalah..
 
Back
Top
Log in Register