BTC USD 82,657.3 Gold USD 4,187.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perjalanan yang tak smooth

koang pernah rasa mcm filem x...kan selalu filem last2 sekali mesti ada ending ...mcm idup kite gak..susah mcm mana pun...las2 sekali selalu ada ending nya jugak...

semua org mesti harapkan kegembiraan.

kalau kita tak pernah rasa susah, macam mana kita nak kenal kegembiraan ye tak?

hari-hari asik gembira pun tak syok gak.
dugaan dan ujian la yang akan buat kita lebih hargai kegembiraan..:">
 
Last edited:
semua org mesti harapkan kegembiraan.

kalau kita tak pernah rasa susah, macam mana kita nak kenal kegembiraan ye tak?

hari-hari asik gembira pun tak syok gak.
dugaan dan ujian la yang akan buat kita lebih hargai kegembiraan..:">

KALU IDUP X DE MASALAH BUKAN MANUSIA NAMANYE YE...setiap org ada liku2 idup dia...besar nagn kecik dan cara dia membawa perkara tu je yg membezakan kan kita..
 
mmg kadang2 aku rasa cool.. rasa bertuah atas apa yang aku ada,
tapi normal la.. NAFSU. tak pernah cukup.

sampai satu tahap.

kenapa orang jahat hidup best.

ko ader masalah mental la ruth...

ko dh peringkat awal gila,skang peringkat gila meroyan baru,
pegi la jumpa pakar sakit mental ke,berubat trdisional ke sebelom jadi parah...
 
ko ader masalah mental la ruth...

ko dh peringkat awal gila,skang peringkat gila meroyan baru,
pegi la jumpa pakar sakit mental ke,berubat trdisional ke sebelom jadi parah...

oic....udah....gitu lak komen nyer... #:-S
 
koang pernah rasa mcm filem x...kan selalu filem last2 sekali mesti ada ending ...mcm idup kite gak..susah mcm mana pun...las2 sekali selalu ada ending nya jugak...

termasuk orang2 yang menderita kat somalia tu.

hurmm kite tgk dia menderita.
tapi mungkin dia tidak rasa pun sbb dia mmg sudah rasa perasaan tu dari kecik.
so pada dia mungkin kebuluran itu adalah BIASA.
 
ko ader masalah mental la ruth...

ko dh peringkat awal gila,skang peringkat gila meroyan baru,
pegi la jumpa pakar sakit mental ke,berubat trdisional ke sebelom jadi parah...


kau pun gile jugak la eh.

jangan bohong la konon kau tu TAK PERNAH RASA apa yang rasa.
cume kau tak keluarkan je.

tapi tak tahu plak kalau kau ni KALIS NAFSU
 
kau pun gile jugak la eh.

jangan bohong la konon kau tu TAK PERNAH RASA apa yang rasa.
cume kau tak keluarkan je.

tapi tak tahu plak kalau kau ni KALIS NAFSU

memerangi Nafsu adalah jihad yang lebih besar daripada pergi berjihad memerangi musuh Islam...

Manusia tak boleh lari dari nafsu..Namun manusia mampu untuk mengawal nafsu..Insy Allah
 
Assalam…

Saya sekadar menasihati rakan2..sekadar menjadi laluan, jika ada perkara baik yang melalui,,,hakikatnya Allah lah Yang memberi segala kebaikan…

Pertama sekali
manusia, kena sentiasa cermin diri,,sebelum menjangkau masuk kedalam rasa hati, lihat syariat Allah, kita sudah tegakkan atau belum…sekiranya benar, sekiranya benar2 ingin selamat, maka perkara pertama sekali, jalankan syariat…
Syariat itu adalah jalan yang Allah tetapkan…perkara pertama yang wajib kita lakukan,,,sekiranya benar2 takut, akan berakhir dalam kesesatan,,,maka syariat…wajib kita jalankan,,,laksanakan,,,

Kedua….
Sambil2 jalankan syariat,,,didik roh dalam diri,,untuk kurangkan perkataan ‘aku’ atau ‘dia’ atau ‘mereka’….dan penuhkan roh itu..dengan perkataan ‘Allah’..
Zikrullah,,,nescaya hati jadi tenang,,,

Jangan risau, jika takut suatu hari menjadi ‘ignorant’ dengan diri yang semakin faham hakikat…

Hakikatnya semakin manusia faham kehidupan, hakikat kehidupan..semakin mencapai darjat yang semakin tinggi, semakin perjalanannya hampir dengan Allah,,,maka semakinlah terpapar, kasih sayang, ambil berat, baik, utamakan orang lain, dan sebagainya,,,

Kerana

"Allah swt berfirman :
"Barangsiapa yang menunjukkan permusuhan dengan Wali-Ku maka Aku menyatakan perang dengannya."
‘AL WALI’
ADALAH INDIVIDU YANG DICINTAI OLEH ALLAH SWT.
Sambungan hadist tersebut adalah :

"….Tidaklah hambaKu mendekatiKu dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada dia mengerjakan apa yang Aku telah fardhukan ke atasnya. Dan sentiasalah hambaKu mendekatkan dirinya kepadaKu dengan melakukan yang sunat sehingga Aku cinta kepadanya. Ketika Aku mencintainya, Aku akan menjadi pendengarannya yang ia mendengar dengannya, menjadi penglihatannya yang ia melihat dengannya, menjadi tangannya yang ia bergerak dengannya dan menjadi kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan sesungguhnya, jika ia meminta kepadaKu, niscaya Aku berikan kepadanya; Dan sesungguhnya, jika ia memohon perlindungan kepadaKu niscaya Aku berikan perlindungan kepadanya." (HR Bukhari)
Petikan diatas diambil dari: http://www.facebook.com/notes/pertu...entuk-diri-menjadi-wali-allah/187213671318956


Bukankah segala yang Allah berikan itu adalah baik2 belaka?..
Bukankah Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang…maka pabila kita semakin hampir dengan Dia.,,maka akan terlimpahlah kasih dan sayang dengan banyaknya melalui kita kepada dunia ini…

Pendek kata jangan ‘takut aku’ jadi ignorant…tapi ‘takutlah Allah’…

dan ‘ignorant’ yang kita takut akan rasai NANTI, xkan kita rasai NANTI,,,kerana ‘ignorant’ itu, kita telahpun rasainya SEKARANG..ditahap SEKARANG...

Tahap NANTI kita belum rasa lagi,,,belum alami lagi...

lebihkan zikrullah,,,,kurangkan ‘zikir aku’…




coretan dibawah sebagai renungan,,,,

Kita Tanya... Allah Jawab...

" KITA BERTANYA:KENAPA AKU DIUJI?
ALLAH MENJAWAB:"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;"Kami telah beriman,"sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA:KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU INGINKAN?
ALLAH MENJAWAB:"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA:KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

ALLAH MENJAWAB:"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

" Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA:KENAPA MUDAH RASA SEDIH DAN KECEWA?
ALLAH MENJAWAB:"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang-orang yang beriman.

"Surah Ali-Imran ayat 139


KITA BERTANYA:KENAPA MESTI BERSABAR?

ALLAH MENJAWAB:"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan),dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh,di medan perjuangan),dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)serta bertaqwalah kamu kepada Allah,supaya kamu berjaya(mencapai kemenangan).

" Surah Ali-Imran ayat 200


KITA BERTANYA:BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
ALLAH MENJAWAB:"Dan mintalah pertolongan(kepada Allah)dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk "
Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA:APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
ALLAH MENJAWAB:"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...... "

Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA:BAGAIMANA JIKA AKU TIDAK MAMPU BERTAHAN?
ALLAH MENJAWAB:"dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
Surah Yusuf ayat 12


KITA BERTANYA:KEPADA SIAPA AKU MESTI BERHARAP?


ALLAH MENJAWAB:"Cukuplah Allah bagiku,tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
Surah At-Taubah ayat 129


Wallahu a’lam.

Dicopy dari: http://room-415.blogspot.com/2009/08/kita-tanya-allah-jawab.html

ALLAHU AKBAR....ALHAMDU LILLAH...
 
memerangi Nafsu adalah jihad yang lebih besar daripada pergi berjihad memerangi musuh Islam...

Manusia tak boleh lari dari nafsu..Namun manusia mampu untuk mengawal nafsu..Insy Allah

aah betul tu...memerangi nafsu salah satu jihad juga.
 
Back
Top
Log in Register