kambing gurun
Active+ Member
- Messages
- 3,252
- Joined
- Mar 23, 2008
- Messages
- 3,252
- Reaction score
- 1
- Points
- 25
Kesimpulanya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia hanya terjadi selepas pilihanyaraya dan hanya melibatkan orang2 melayu dan cina di KL shj.
Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh org Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku "Dilema Melayu" ("Malay Dilemma") oleh Tun Dr Mahathir telah diharamkan. Dikatakan gandingan Tun Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim memburukkan Tunku Abdul Rahman.
Keadaan akhirnya dapat dikawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan.
Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman.
Rasanya ianya terjadi sbb mental pecah.. Dapat tekanan dr pilihanraya yg xberapa nak menang.. Lps tu, dipoyo-poyokan oleh pihak lawan.. Tekanan makin dirasai bila org2 melayu mula mintak macam2.. Pihak lawan plak bakal melawan hak mereka kat Parlimen..
Mana mungkin buku Malay Dilemma diharamkan kalo pemerintahan atau sistem undang2 masa tu hanya menguntungkan pemimpin katika tu.. Xkan Singapura mintak kluar dr Tanah Melayu kalo pemimpin n undang2nya bagus.. Padahal, "bangsa asing" dah lama dok kat Tanah Melayu..
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri sebenarnya jadi punca sebenar tragedi 13 Mei..
