BTC USD 82,963.1 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

perintah allah dari al quran

SURUHAN AGAR BERWASIAT
[al baqarah Ayat : 180-182]
Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang yang bertakwa. Kemudian sesiapa yang mengubah wasiat sesudah ia mendengarnya, maka sesungguhnya dosanya hanya ditanggung oleh orang yang mengubahnya; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.Tetapi sesiapa yang mengetahui bahawa orang yang berwasiat itu tidak adil atau melakukan dosa (dalam wasiatnya), lalu ia mendamaikan antara mereka maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

hmm yg ni memang asalnya wajib, tapi dalil ni dah dimansukhkan dgn dalil pewarisan..

so hukum berwasiat sekarang ni hanyalah sunat, bukan lagi wajib..
ini berdasarkan pandangan imam 4 mazhab..

p/s: sumber dari kitab fiqh mawarith, ta'lif muhamad ali al-sabuni(kalau xsilap aku, da lupa)..
 
SURUHAN WANITA KEMATIAN SUAMI BERIDDAH 4 BULAN 10 HARI
[AL BAQARAH Ayat : 234-237]Dan orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beriddah) selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa iddahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui apa jua yang kamu lakukan.
Dan tidak ada salahnya bagimu secara sindiran, meminang perempuan, atau menyimpan dalam hati (keinginan mengahwini mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut mengingati mereka, akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka secara sulit, selain dari menyebut kata-kata yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh akad nikah sebelum habis iddah yang ditetapkan itu. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaan-Nya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.Tidaklah salah jika kamu menceraikan mereka sebelum kamu sentuh mereka atau (sebelum) kamu menetapkan maskahwin untuk mereka dan berilah Mutaah kepada mereka. Suami yang senang menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajiban atas orang (yang mahu) berbuat kebaikan.Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka, padahal sesungguhnya kamu sudah menetapkan kadar maskahwin untuk mereka, maka mereka berhak mendapat separuh dari maskahwin yang telah kamu tetapkan itu, kecuali jika mereka memaafkannya (tidak menintutnya); atau (pihak) yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya. Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada takwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.

tambahan maklumat bagi wanita yg diceraikan atau kematian suami ketika masih hamil..

Menurut pendapat jumhur ulamak, iddah perempuan hamil yang kematian suami ialah sehingga dia melahirkan kandungannya. Mereka mengambil dalil ayat al-Quran yang bermaksud:
Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka ialah sampai mereka melahirkan anak. (al-thalaq:4)

Mereka mengatakan bahawa ayat di atas bersifat umum, samada untuk perempuan yang ditalak ataupun yang kematian suami.

Jumhur ulamak juga berdalilkan hadis riwayat Bukhari, Muslim, Nasa’I dan Abu Daud yang menjelaskan tentang iddah perempuan hamil yang kematian suami ialah sehingga kandungan dilahirkan.

Manakala menurut riwayat dari Ali dan Ibnu Abbas r.a. bahawa perempuan hamil yang kematian suami iddahnya ialah waktu yang terjauh. Ini bermakna, apabila suaminya meninggal dunia dalam keadaan dia hamil, kemudian dia melahirkan sebelum tamat tempoh 4 bulan sepuluh hari, maka dia perlu menghabiskan tempoh tersebut sebagai batas iddahnya. Sebaliknya jika setelah tamat tempoh 4 bulan 10 hari itu tamat, sedangkan kandungannya belum lahir, maka tempoh iddahnya ialah selepas anak itu dilahirkan.

Mereka menggabungkan antara dua ayat, iaitu ayat tentang iddah perempuan yang kematian suami dengan ayat tentang iddah perempuan yang mengandung. Mereka kata, menggabungkan kedua hukum iddah berkenaan adalah lebih baik daripada mencari tarjih.

sumber: http://members.tripod.com/ahkam_2/07/ayatjl.htm
 
Back
Top
Log in Register