BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perincian Subsidi Bersasar RON95 Diumum Menjelang Akhir September -- Amir Hamzah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,182
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,182
Reaction score
346
Points
141
d8fc6457e23b320b3cffea3be3d7fcbd688386fba3e24

-- Gambar hiasan

Kerajaan kekal dengan perancangan melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 dan perincian lanjutnya dijangka diumumkan menjelang akhir September 2025.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata langkah itu perlu berikutan dasar subsidi pukal yang diamalkan sejak sekian lama hanya membebankan fiskal negara dan tidak memberi manfaat kepada majoriti rakyat.

“Maka sebab itu atas semangat sama, penyasaran subsidi petrol RON95 sepertimana (juga) subsidi elektrik dan diesel, tidak menjejaskan rakyat terbanyak,” katanya pada sesi Kamar Khas Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang meminta penjelasan mengenai indikator dan asas penentuan digunakan kerajaan untuk menyenaraikan individu atau isi rumah dalam kategori T15 (isi rumah dengan 15 peratus teratas dari segi pendapatan bulanan) serta bentuk notifikasi, saluran pengesahan dan sistem rayuan yang akan diwujudkan bagi melindungi hak rakyat dalam pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95.

Menjelaskan selanjutnya, Amir Hamzah berkata kerajaan juga kini di fasa akhir memperhalusi kriteria kelayakan dan kaedah pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 bersama dengan semua pihak berkepentingan.

Antara mekanisme yang dipertimbangkan termasuk penggunaan MyKad, e-dompet dan aplikasi syarikat minyak bagi memastikan pelaksanaan secara efisien tanpa merumitkan rakyat.

“Mekanisme MyKad adalah dengan memasukkan kad itu dalam terminal pembaca MyKad disediakan kerajaan dan disambungkan dengan Pangkalan Data Berpusat Kerajaan bagi menentukan kelayakan dan kuota.

“Kaedah MyKad juga sedang digunakan untuk penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan setiap penerima yang layak akan didaftar secara automatik dan menerima bantuan barangan keperluan asas,” katanya.

Amir Hamzah juga menegaskan pelaksanaan inisiatif itu dirangka dengan penuh teliti agar rakyat tidak merasakan perbezaan ketara dalam pengalaman mereka, sama ada ketika membuat pembayaran secara tunai, menggunakan kad atau integrasi MyKad.

 
Back
Top
Log in Register