BTC USD 63,782.2 Gold USD 4,333.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Periksa dulu elak tertipu

imzza

Active+ Member
Messages
4,248
Joined
Apr 17, 2014
Messages
4,248
Reaction score
59
Points
45
3v7gnoo94s.png
SUNGAI PETANI - Orang ramai dinasihatkan supaya membuat pemeriksaan terhadap harga barang promosi yang dipamerkan terlebih dahulu bagi mengelakkan daripada ditipu.

Mangsa, yang mahu dikenali sebagai Yati, 40, mendakwa, dia tertipu apabila harga barangan yang dibeli dengan harga yang dipamerkan berbeza ketika membeli-belah di sebuah pasar raya baru-baru ini.

Dakwanya, dia memilih susu tepung anaknya seperti yang dipamerkan di bungkusan berharga RM17.90 di pasar raya tersebut.

“Apabila pulang, saya memeriksa resit mendapati harga yang dibayar menunjukkan RM25.90 iaitu RM8 lebih mahal dari harga yang dipamerkan,” dakwanya.

Yati kemudian segera ke pasar raya sama beberapa hari kemudian menunjukkan resit dan bungkusan kepada pihak pengurusan, bagaimanapun aduannya tidak dilayan.

Dakwanya, kakitangan tidak sepatutnya bersikap acuh tidak acuh dengan aduan pelanggan.

“Pendedahan dibuat bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai agar memeriksa terlebih dahulu sebelum tertipu dengan harga promosi yang sengaja menarik perhatian pembeli.

“Tetapi apabila mahu membeli, peniaga licik menggunakan harga sebenar, keadaan ini sudah pasti memberi keuntungan mudah kepada peniaga,” dakwanya.

Dakwanya, situasi sama pernah berlaku di sebuah pasar raya lain di sini apabila ramai pengguna mengeluh tentang taktik berkenaan.

“Kita juga memohon pihak berkaitan melakukan pemantauan agar taktik sama tidak berulang sehingga mengelirukan pengguna,” katanya.

Sumber: Sinar Harian
 
alasan sistem xupdate..ak dulu nak claim seringgit terlebih pun kena tggu dekat 20minit

sbb tu org biar je
 
patut dah boleh saman.. aku kerap jugak p claim harga bayar terlebih... tektik pasaraya neh..
 
ini adalah kes tipu...sepatutnya buat aduan ke hal ehwal pengguna.
 
Sepatutnya lepas bayar dpt resit, cari port sesuai tuk check harga resit dgn brg.
Bukan BEBERAPA HARI KEMUDIAN baru check...
Mmg tak dilayan
Kecuian sendiri
 
Leh jer komplen terus kat kaunter tu... aku penah kena kat pasaraya gergasi... dia ckap utk price tu utk kad ahli... ada ker kad utk pasarya gergasi tu???
 
TESCO pun sama, bila kita tanya mcm2 alasan....
 
awat dia sensor pasaraya apa yg duk menipu ni..
 
Back
Top
Log in Register