ratusanRM
CG Top Poster Club

- Messages
- 22,690
Paid Membership
- Joined
- Apr 8, 2007
- Messages
- 22,690
- Reaction score
- 364
- Points
- 131
WAKTU DITEGAH SOLAT...
Sumber : Kifayatul Akhyar Jilid 1 Fasal Solat...
Berkata Sheikh Abu Syujak :
Di dalam waktu yang lima ini seseorang tidak boleh mengerjakan solat selain solat yang mempunyai sebab, iaitu :
1- Setelah Solat Subuh Sehingga Terbit Matahari.
2- Ketika Terbit Matahari Hingga Sempurna Terbitnya & Naik Kira-Kira Setinggi Tombak. Lebih Kurang 20 Minit Selepas Terbit Matahari
3- Ketika Matahari Berada Di Tengah-Tengah Langit Hingga Tergelincir. Lebih Kurang Pukul 12.00 Sehingga Masuk Waktu Zuhur
4- Setelah Solat Asar Sehingga Terbenam Matahari.
5- Ketika Terbenam Matahari Sehingga Sempurna Terbenamnya.
Walau Bagaimanapun, ada 'MASA' & 'TEMPAT' yang dikecualikan dalam waktu tersebut iaitu :
MASA :
Pada Hari Jumaat Tidak Dimakruhkan Solat Pada Waktu istiwa' (matahari berada tegak diatas kepala)
TEMPAT :
Di Makkah (Tanah Haram) tidak Dimakruhkan Solat Pada Semua Waktu Yang Telah Disebutkan Menurut Qaul Yang Sahih. Ada Juga Ulama' Yang Mengatakan Masjidil Haram Sahaja.
Semua waktu yang disebutkan diatas adalah bagi Solat yang tidak mempunyai sebab. Namun jika Solat itu mempunyai sebab maka tidak dimakruhkan.
Maksud SEBAB :
Sebab yang mendahului atau sebab yang menyertai. Contohnya Solat sebab menqadha' Solat Fardhu yang telah luput waktunya atau Solat Sunat yang telah dijadikan amalan oleh seseorang.
Selain itu, dibolehkan juga Solat Janazah, Solat Gerhana & Solat Istisqa' (mohon hujan) menurut Qaul yang Asoh.
Begitu juga, dibolehkan Solat Tahiyat al-Masjid menurut Jumhur Ulama'.
Mengenai persoalan adakah makruh ini kategori tanzih atau makruh tahrim. Qaul yang Asoh adalah MAKRUH TAHRIM (makruh yang hampir kepada HARAM)
Sumber : Kifayatul Akhyar Jilid 1 Fasal Solat...
Last edited: