BTC USD 83,433.7 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perihal RCI TH

APHD​


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kerana tidak dapat bersama dalam Sidang Khas Dewan Rakyat bagi membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji hari ini.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, berkata Anwar turut mendoakan supaya persidangan berjalan lancar dan beliau akan mengikuti perbahasan tersebut secara dekat.

Menurutnya, Anwar mahu memastikan amanah institusi umat Islam itu terus dipelihara.

Dalam pada itu, keadaan kesihatan Perdana Menteri dilaporkan semakin baik dan beliau akan terus menjalani rawatan fisioterapi di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan.

Anwar sebelum ini dilaporkan menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut atau para-umbilical hernia.
 

Nak bahas tentang saya atau Tabung Haji, sindir Anwar​

e797f0b3f34726d70ec8c90cce10bedf.jpg


Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyindir tindakan pembangkang memulaukan sidang khas berkaitan Tabung Haji susulan ketiadaanya dalam Dewan Rakyat kerana sedang mendapatkan rawatan hospital.

“Nak bahas tentang saya, atau nak bahas tentang Tabung Haji?

“Nak ambil tahu tentang saya, atau nak ambil tahu tentang pengkhianatan terhadap Tabung Haji?” soal Anwar, yang menjalani pembedahan bagi merawat hernia perut semalam.

Menulis di media sosial, Anwar mempersoalkan kenapa masih ada drama politik ketika “orang Melayu-Islam dikhianati”.

“Apatah lagi datang dari pihak yang melaung-laungkan tentang Melayu Islam,” katanya.

“Apakah PN yang ditunjangi PAS tidak pentingkan kepentingan orang susah, nelayan, petani, guru, polis, tentera, pesara yang mengerah keringat untuk menyimpan wang dalam Tabung Haji untuk menunaikan Rukun Islam kelima?

Kecuali Bersatu, wakil rakyat pembangkang pagi ini keluar Dewan Rakyat selepas permintaan mereka untuk menangguhkan sidang khas ditolak.

Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan mahu menangguhkannya kerana Anwar tidak dapat menghadiri sesi hari ini.

Bagaimanapun, Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul menolaknya kerana Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi dan menteri-menteri hadir dan boleh mewakili kabinet.

Anwar dijangka berada bawah pemantauan selama dua hari selepas rawatan semalam.

 
kau tu menteri kewangan


bukan menteri dapur

kene lah ade dalam parlimen

kau juga yg pergi sorok selama 3 tahun dan arahkan utk keluarkan rci

tibe2 salahkan org lain

akhir zaman dtg pemimpin bengap mcm nie
 
Hari ini, Parlimen membahaskan laporan RCI Tabung Haji.

Setiap gabungan parti politik (PH, BN, PN) ada saham dalam apa yang berlaku:

1) penyelewengan dan salah urus tadbir berlaku di bawah BN, sehingga rizab Tabung Haji jadi negatif dan kerugian berbilion ringgit.

2) PAS mensucikan perkara itu malah mengulangi dakyah aset Tabung Haji dijual kepada bukan Islam, nak bekap Umno.

3) PN tak bayar RM1.5b yang sepatutnya dibayar kpd TH atas alasan Covid, tapi guna wang buat Jana Wibawa boleh pula.

4) PH peram laporan RCI Tabung Haji selama 3 tahun untuk jaga hati Umno, hanya buat keluar bila saya cuit untuk tunjukkan kompromi politik yang telah dibuat.

5) PH pun tak bayar RM11.5 bilion yang patut dilunaskan kepada TH ikut perjanjian sukuk UJSB pada Mei 2026, sebaliknya roll over komitmen itu ke 2036. Covid tak de dah nak buat alasan, agaknya apa alasan sekarang.

Kita sama-sama tengok perbahasan hari ini ada sentuh perkara-perkara ini ke tidak.

Kesian orang-orang Tabung Haji bertungkus lumus nak selesaikan masalah yang ditinggalkan, bila orang politik datang dan pergi tapi tak fokus kepada pemulihan Tabung Haji.
 
asset2 yg digadai tu semua dah profit selama 5 tahun...

kat situ pun dah nampak trick sakau cara legal
 
Back
Top
Log in Register