BTC USD 85,494.7 Gold USD 4,175.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perihal RCI TH

Sidang Khas Dewan Rakyat Hari Ini Bincang Laporan RCI Tabung Haji​

92c41a93b4cd98eea9be7cbdf0946b5d63835781e20ad


Dewan Rakyat akan bersidang hari ini bagi membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2014 hingga 2020.

Sidang khas yang dijadualkan bermula pada 10 pagi itu membuka ruang kepada Ahli Parlimen untuk meneliti laporan RCI setebal 211 halaman yang telah didedahkan kepada umum pada 29 Julai lepas, setelah kerajaan memutuskan bahawa laporan itu perlu diketahui rakyat.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil sebelum ini dilaporkan berkata sekurang-kurangnya 35 hingga 40 Ahli Parlimen telah menyatakan kesediaan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan berkenaan.

Mesyuarat khas itu dijadualkan dimulakan dengan sesi penerangan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berhubung laporan RCI tersebut, diikuti dengan sesi pertanyaan dan perbahasan oleh Ahli Parlimen.

Sesi perbahasan itu kemudian dijangka digulung oleh Zulkifli dan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Laporan RCI tentang TH itu mendedahkan pelbagai penemuan berkaitan kelemahan pengurusan dan operasi institusi berkenaan bagi tempoh 2014 hingga 2020, selain mengemukakan 25 syor tindakan penambahbaikan dengan 75 peratus daripadanya telah dilaksanakan oleh TH setakat 30 Julai lepas.

Antara dapatan utama RCI ialah kelemahan tadbir urus, termasuk campur tangan politik dalam pengurusan serta pengagihan keuntungan tanpa mengambil kira kesan rosot nilai dan kejatuhan nilai saksama pelaburan.

Menurut laporan itu, TH sepatutnya mencatat kerugian bersih RM1.4 bilion pada 2017, bukannya keuntungan RM3.4 bilion seperti dilaporkan, sekiranya Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS) diguna pakai sepenuhnya.

Dapatan itu menunjukkan kedudukan kewangan TH ketika itu berada pada tahap kritikal, selain wujud jurang defisit antara aset dengan liabiliti sejak 2014 serta beberapa isu berkaitan rosot nilai pelaburan.

 
Cukup lah buat orang melayu marah bang non.


Dalam isu TH ni rasanya melayu x terkesan dgn apa yg UMNO buat, in fact melayu lebih terkesan bila PH ambil alih.

Ni aku bagi POV sbg org yg mmg simpan semua duit aku dlm TH, dan aku rasa majoriti org2 tua kita mmg jadi TH sbg tempat simpanan utama mereka.

Sejak PH pegang kerajaan, hibah terendah 1.25% saja. Dan aku x nafikan sejak kejatuhan UMNO, aku kehilangan "opportunity cost" lebih RM150,000 hasil dari hibah saja. Dan aku yakin ramai yg lebih nmpk mcm tu pikir keuntungan peribadi, dari pikir tadbir urus TH.

Jadi majoriti melayu x rasa pun RCI TH ni bagi kesan positif kpd mereka.
 
Back
Top
Log in Register