BTC USD 82,808.0 Gold USD 4,188.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perihal RCI TH

Belum ape2 dalil da keluar

Melayu kaki Sakkau seronok la dalil da keluar


Screenshot_20260810-134904_Facebook.png
 
kan dah ade sejarah hanceng ..xkan x sedar lagi

- pakai collar di leher
- diracun arsenik
- mata bengkak ditumbuk
- lari ke kedutaan turkey

hahahha
betui juga..miahahahahahaah
 
HPVl_MtaEAEkRT_.jpg

HPVmA1_aAAAhR9f.jpg

HPVmChxaQAAElPl.jpg

HPVmD8IbYAAqR5k.jpg


𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
𝟭𝟬 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟲

𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗠𝗘𝗟𝗨𝗡𝗔𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗠𝗜𝗧𝗠𝗘𝗡 𝗞𝗘𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜

Penstrukturan kewangan Tabung Haji yang diluluskan kerajaan pada akhir 2018 bergantung kepada kemampuan dan kepatuhan Kerajaan Malaysia melunaskan komitmen kewangan kepada Tabung Haji apabila sampai tarikh matang.

Konsep kewangan untuk menyelamatkan Tabung Haji adalah seperti berikut:

i.Kerajaan Persekutuan, melalui sebuah syarikat milik penuh kerajaan bernama Urusan Jamaah Sdn Bhd (UJSB) mengambil alih aset-aset Tabung Haji yang mengalami kerugian pada harga yang lebih tinggi dari nilai sebenar;

ii.Sebagai ganti, UJSB menerbitkan dua siri sukuk (kertas hutang) kepada Tabung Haji;

iii.Pada tarikh matang iaitu 2026 dan 2029, Kerajaan Persekutuan membayar kembali Tabung Haji untuk menggantikan kertas hutang itu sama ada dengan tunai atau aset pada nilai yang telah dipulihkan.

Perkara-perkara ini menjadi tumpuan dalam laporan RCI Tabung Haji di muka surat 107 hingga 137. Antara lain, laporan RCI memberi penekanan kepada perkara-perkara berikut:

a)Langkah memindahkan aset-aset bermasalah Tabung Haji dan menggantikannya dengan satu instrumen sukuk (atas kertas, tanpa aliran tunai) adalah satu langkah sementara, semata-mata untuk membolehkan rizab Tabung Haji menjadi positif dan boleh terus membayar hibah (keuntungan);

b)Kerajaan perlu membuat peruntukan dari belanjawan tahunan untuk memastikan komitmen kerajaan itu dilunaskan bila tiba masanya, iaitu tahun 2026 dan 2029;

c)Aset atas kertas, melalui instrumen sukuk, menyebabkan aset dan pendapatan tahunan Tabung Haji (yang diakru dari sukuk) nampak lebih baik, tetapi ia tetap bergantung kepada sama ada wang atau aset yang setara disuntik kembali untuk menggantikan aset atas kertas ini apabila sampai tempoh matang.

Ketiga-tiga kerajaan (PH, PN dan PH-BN) telah meluluskan peruntukan bagi tujuan melunaskan sukuk sejak tahun 2019.

Semasa PH di bawah pentadbiran Tun Mahathir Mohamad, pada 5 April 2019, kerajaan meluluskan peruntukan sekurangnya-kurangnya RM17.8 bilion bagi menampung kekurangan penebusan sukuk UJSB. Perkara ini disambung di dalam RMK12 (di bawah Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob) dan saya percaya di bawah Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam RMK13.

Walau bagaimana pun, komitmen kewangan untuk memulihkan Tabung Haji mengikut pelan pemulihan di bawah UJSB ini nampaknya tidak dipatuhi.

Setakat ini, hanya RM500 juta dibayar kepada Tabung Haji untuk menebus sukuk UJSB itu (seperti penemuan Suruhanjaya Diraja).

Pada tahun 2021, di bawah Perikatan Nasional, jumlah yang telah diluluskan dalam Belanjawan 2021 sebanyak RM1.5 bilion tidak dibayar kepada Tabung Haji, atas alasan wang diperlukan untuk pemulihan ekonomi akibat Covid19.

Kita semua sedia maklum berbilion ringgit diperuntukkan untuk projek-projek di bawah Jana Wibawa yang kemudiannya disiasat akibat amalan rasuah, sedangkan peruntukan itu sebahagiannya telah diberi komitmen kepada Tabung Haji.

Terkini, di bawah pentadbiran Madani, sekali lagi kerajaan tidak membayar sepenuhnya komitmen kewangan yang dipersetujui untuk memulihkan Tabung Haji.

Sukuk UJSB Siri 1 telah matang pada 29 Mei 2026.

Sewajarnya, kerajaan melunaskan komitmen untuk menebus sepenuhnya sejumlah RM12.5 bilion yang perlu dibayar kepada Tabung Haji, sama ada dalam bentuk tunai atau aset yang setara nilai.

Ini akan menggantikan sejumlah RM12.5 bilion aset Tabung Haji dari aset atas kertas yang tiada aliran tunai (sukuk UJSB) kepada aset yang ada aliran tunai dan cair (wang, saham, hartanah dan seumpamanya).

Walau bagaimana pun, dari jumlah RM12.5 bilion yang perlu dilunaskan, hanya RM965 juta adalah dalam bentuk hartanah (iaitu sebidang tanah di TRX dan tanah-tanah ladang di Sarawak).

Jumlah berbaki RM11.5 bilion dilunaskan dalam bentuk satu lagi sukuk baru, yang akan matang dalam tempoh sepuluh tahun (iaitu kerajaan perlu membayar Tabung Haji RM11.5 bilion dalam 2036).

Sepanjang saya menjadi Menteri Ekonomi, saya ingat kerajaan memang membuat peruntukan lebih dari RM1 bilion setahun untuk melunaskan sukuk UJSB ini bila matang pada 29 Mei 2026.

Oleh itu, sewajarnya perbahasan Parlimen esok mendapat penjelasan yang berterus terang daripada kerajaan ke mana wang berbilion yang diperuntukkan selama ini untuk memulihkan Tabung Haji telah pergi?

Sekiranya kerajaan sekarang dan selepas ini terus menangguhkan komitmen melunaskan sukuk UJSB ke masa akan datang (dengan terus menggantikan satu kertas hutang kepada kertas hutang yang baru), Tabung Haji akan terus berdepan dengan risiko kecairan aset dan aliran tunai di masa akan datang.

10 𝘖𝘨𝘰𝘴 2026

Bagi pihak 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔
𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜
 
Back
Top
Log in Register