BTC USD 82,715.1 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perihal RCI TH

Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Bahas Laporan RCI Tabung Haji Esok​

135ea8dc1c13333f4868a247ad978dce6a76fc7550dac


Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bagi membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) akan berlangsung esok.

Berdasarkan takwim Mesyuarat Khas Penggal Kelima Parlimen Ke-15 yang disiarkan di portal Parlimen, Dewan Rakyat akan bersidang selama sehari bermula 10 pagi.

Persidangan itu turut disiarkan secara langsung menerusi platform YouTube Parlimen Malaysia serta saluran media rasmi.

Mesyuarat khas itu dijadual dimulakan dengan sesi penerangan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Hasan berhubung laporan RCI berkenaan, diikuti sesi pertanyaan dan perbahasan oleh Ahli Parlimen.

Sesi perbahasan itu kemudian dijangka digulung oleh Zulkifli dan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Pada Rabu lepas, Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul bersetuju supaya persidangan khas Parlimen pada Selasa diadakan tanpa waktu rehat bagi memberi ruang secukupnya kepada Ahli Parlimen membahaskan Laporan RCI TH.

Fahmi berkata sekurang-kurangnya 35 hingga 40 Ahli Parlimen telah menyatakan kesediaan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan berkenaan.

Laporan RCI setebal 211 halaman mengenai TH yang diterbitkan pada 29 Julai lepas mendedahkan pelbagai penemuan berkaitan kelemahan pengurusan dan operasi institusi itu bagi tempoh 2014 hingga 2020.

Antara dapatan utama RCI ialah kelemahan tadbir urus, termasuk campur tangan politik dalam pengurusan serta pengagihan keuntungan tanpa mengambil kira kesan rosot nilai dan kejatuhan nilai saksama pelaburan.

 
dia ada tanggungjawab utk jawab sbb dia PMX ... dan ketua kerajaan...
wak jahid kan ada...penolong ketua kerajaan... ke wak jahid tak berani nk jawab?
 
wak jahid kan ada...penolong ketua kerajaan... ke wak jahid tak berani nk jawab?

dia bukan sbb wak jahid pun

timeline wayang nie lebih penting

esok RCI parlimen, esok jugak dapat MC...

ade otak fikir
 
Back
Top
Log in Register