BTC USD 61,295.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perhimpunan Agung MCA lulus 5 resolusi

kawecool

Active Member
Messages
2,482
Joined
Nov 8, 2007
Messages
2,482
Reaction score
3
Points
25
Perhimpunan Agung MCA lulus 5 resolusi - BHarian

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Tahunan MCA (AGM) Ke-56 yang berakhir di sini hari ini, meluluskan lima resolusi merangkumi 16 perkara di bawah usul politik, hal ehwal kerajaan, pendidikan, sosial dan ekonomi, serta budaya.

Antara yang diluluskan sebulat suara oleh perwakilan yang hadir ialah meminta kerajaan menambah bilangan pengambilan bukan Bumiputera dalam perkhidmatan awam.

Bagi isu politik, perhimpunan agung itu juga meminta kerajaan melaksanakan sepenuhnya perubahan dan inovasi kepada struktur dan mekanisme pertadbiran Barisan Nasional (BN) supaya konsep perkongsian kuasa dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Parti itu juga menggesa kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang ditawarkan semua sekolah persendirian Cina selain menyediakan peruntukan kepada sekolah terbabit supaya lebih ramai pelajar yang berbakat dapat dipupuk.

Kerajaan juga digesa untuk terus mengamalkan dasar pendidikan yang lebih liberal dan berbilang kaum supaya lebih banyak sekolah vernakular boleh ditubuhkan dan dimasukkan ke dalam program pembangunan nasional.

Mengenai isu ekonomi, MCA yang menyokong penuh usaha kerajaan melaksanakan Model Ekonomi Baru, meminta kerajaan membuat pertimbangan sewajarnya ketika menilai dasar ekonomi supaya tidak menyulitkan kehidupan rakyat yang dibebani dengan pelarasan tarif air, elektrik serta tol.

Resolusi lain termasuk gesaan terhadap semua jabatan kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan Biro Tata Negara (BTN) untuk mengubah suai kursus mengikut fakta sejarah dan menyerapkan konsep 1Malaysia ke dalam kurikulumnya.

Langkah itu berupaya menanam pengertian sebenar sejarah dalam diri pelajar selain bebas daripada pemikiran yang hanya berlandaskan kaum.

MCA turut meminta kerajaan menilai semula hukuman fizikal terhadap golongan wanita beragama Islam dan bertindak atas dasar pertimbangan kemanusiaan dengan mematuhi persetujuan yang diterima pakai "Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita" (CEDAW).

Selain itu, MCA menyokong penuh gagasan 1Malaysia "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebagai usaha untuk mencapai satu sistem meritokrasi rakyat berlandaskan kepada keperluan penduduk dalam pentadbiran negara.

Parti itu turut menyokong penuh Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang melaksanakan kedua-dua dasar Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Petunjuk Prestasi Utama Negara (NKPI) untuk memperkasa prasarana kawasan luar bandar dan pedalaman selain meningkatkan taraf hidup rakyat. - Bernama


**aku xpuas hati yg diBOLDkan tu..kenapa MCA nak masuk campur urusan agama ISLAM??kalu DAP yg luluskan resolusi nie mmg dh kene bantai teruk2 nie..
 
Ni MCA la, bukan DAP, jadi tak pe lah ...... hina Islam pun apasalahnya kalau UMNO pun tak setuju hukuman Islam!!!!
 
nak campur urusan Islam takpe, asalkan geng ngan UMNO... confirm tak kene bantai... :D
 
betul la tu
hukum islam ni membawa kesan yang buruk
pasal MCA yang cakap camtu

kan kan
hidup MCA
 
dah lama diorang telah didedahkan bahawa hukum hudud ni zalim.

nak buat cam mana .. ketua BN dulu ckp potong tangan nanti ramai rakyat malaysia kudung takleh buat keja dah ..
 
Puak-puak ni tu aku tak setuju tu. Dok sibok sangat pasal agama kita apahal. Tak kacau pun agama dia orang.
 
ku dah kata..
MCA pasti susahkan BE END punya..
UM-NO apo lai..tendang je MCA dari BE END..
nih mesti SIS yg ajar pasal hukum hudud kat MCA nih:D
yb Zul..bangkit perjuangkan ISLAM sekarang:)
lopeh nih um-no blh lah tondang je MCA ye:">
 
ini dah dikira MCA hina hukuman syariah ni.

apa lagi UMNO, kenapa tak lawan MCA ni? come on!

HUNUSKAN KERISMU!
 
Back
Top
Log in Register