qaz123
Super Active Member
- Messages
- 5,645
- Joined
- Jul 12, 2008
- Messages
- 5,645
- Reaction score
- 169
- Points
- 78
maaf jika dah ada....kisah dulu2....
paid
Seorang lelaki berserban dan berjubah berjalan seorang diri meredah
padang pasir yg tandus.Sampai di pertengahan jalan seorang anggota
tentera yg sedang menunggang kuda lalu di kawasan itu.
"Awak ni siapa?"tanya tentera tersebut.
"Saya hanyalah seorang hamba!"beritahu lelaki berjubah itu.
"Errr! Mana jalan nak pergi ke kota paling hampir di sini?" tanya
tentera itu lagi.
"Nun di sana tu,"kata lelaki berjubah itu sambil menunjukkan ke arah
sebuah perkuburan lama.
"Ho! Orang tua!Engkau sengaja nak permain-mainkan aku ya!"tengking
tentera itu
Lelaki berjubah itu dibelasah sehingga kepalanya luka dan
berdarah.Kemudian tentera itu mengikat leher lelaki tersebut dengan
seutas tali dan mengheretnya di atas pasir. Perbuatan tentera itu
diperhatikan sekumpulan penduduk dari kota berhampiran dengan penuh
kehairanan. Mereka beramai-ramai mendekati dan terkejut melihat lelaki
yg didera itu seorang yg amat dihormati.
"Hei! Jangan seksa orang tua ni! Kalau kamu nak tahu inilah Ibrahim
Adham,orang alim yg paling disegani di kota ini," jerit seorang
penduduk tempatan. Tentera itu tergamam.Serta- merta dia berlutut di
depan lelaki berjubah itu sambil menangis. Maafkan saya tuan!
Ampunkanlah kesalahan saya! Saya menyangka tuan benar-benar seorang
hamba!" rayu tentera itu. Ibrahim bertanya sambil tersenyum."Siapakah
manusia yg bukan bergelar hamba?"
Lelaki itu terdiam.Dia tidak mampu menjawab pertanyaan Ibrahim. Rasa
malu menyelinap dlm dirinya kerana tidak sengaja telah menganiaya
ulama terkemuka itu.
Ketika itulah Ibrahim mengangkat tangan sambil berdoa:"Aku mendoakan
agar hidup engkau mendapat berkat. Balasan terhadap diriku kerana
perbuatanmu adalah syurga dan aku tidak senang hati jika balasan
untukmu adalah neraka... ." Lelaki itu bertanya kepada Ibrahim:
"Kenapa tuan menunjukkan kawasan perkuburan bila saya tanya arah nak
ke kota?" Ibrahim dengan nada perlahan menjawab: "Sebab,makin lama
kota semakin kosong tapi kubur semakin penuh!"