BTC USD 83,058.1 Gold USD 4,132.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pergi Haji Dengan Duit Haram

Print_Screen

Super Active Member
Messages
5,921
Joined
Nov 13, 2010
Messages
5,921
Reaction score
231
Points
73
Pergi Haji Dengan Duit Haram
-------------

Setiap sen duit kita perlu bersih dari sumber haram.
Duit hasil riba, judi, gharar, rasuah, curi dan rompak adalah contoh duit dari sumber haram.

Banyak tapi tiada berkat.


Menurut Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji TH - Jakim:

+ Hukum menunaikan fardhu Haji dengan duit haram adalah, hajinya sah tetapi berdosa.

Manakala Imam Ahmad berkata haji tersebut tidak sah.

Dari Abu Hurairah ra bahawa Nabi Muhammad saw bersabda:
Jika seseorang itu keluar untuk menunaikan fardhu haji dengan nafkah yang baik, dan ketika meletakkan kakinya pada tali pelana maka dia pun bertalbiah.

Maka seruan talbiah itu disambut dari langit dengan seruan:
+ Seruan kamu diterima dan bahagialah kamu, bekalan kamu itu halal, kenderaan / tunggangan kamu halal, dan haji kami haji mabrur.
Sebaliknya jika seseorang keluar menunaikan fardhu haji dengan duit haram dan kotor, apabila meletakkan kakinya di tali pelans untuk naik ke atas kenderaan / tunggangan lalu bertalbiah.

Maka seruan talbiah itu disambut dari langit dengan seruan:
+ Tidak diterima seruanmu dan tidak ada kebahagiaan bagi kamu, bekalan kamu haram, perbelanjaan kamu haram, Haji kamu ditolak, tiada pahala dan tidak ada ganjaran bagimu.
.

Sila semak semula sumber duit kita sebelum pergi menunaikan umrah dan haji.

Takut-takut hanya dapat sakit serta penat dan duit habis sebab shopping sahaja.
 
Last edited by a moderator:
erm..g haji dgn duit yg haram...potong Q sbb duit banyak...
mne nk dtg barakah n kberkatan naik haji tu...

dpt pangkat je la depan Haji..

patut la kekadang ada tgk perangai org yg da g haji ni tp perangai x ubah2...
 
duit tidak haram, cara mendapatkan duit itu yang haram.
 
Pintu taubat sentiasa terbuka.. semoga Allah s.w.t mengampuni dosa2 mereka..
 
Back
Top
Log in Register