ameyhazuan
Active Member
- Messages
- 1,820
- Joined
- Sep 19, 2008
- Messages
- 1,820
- Reaction score
- 68
- Points
- 30
Kurang paham betul la.. pertama sekali, saudara kata tidak mahu guna pirated EA. Tapi saudara cuba menghasilkan key id secara persendirian dan mengedarkan kepada yang lain. Adakah ini salah satu cara "pirate"????
Apa beza dengan mereka yang menggunakan EA cracked tanpa ID, dan juga EA original tetapi KEY-GENed id?? Mengapa tidak mahu jadi FAPTURBO reseller secara terbuka?? Bukan fitnah atau tohmahan, tapi.. janganlah minum teh ais tak mahu teh... atau milo panas tak mahu milo..
Jawapan 'KHAS' untuk saudara gundam98
Sebelum semua salah sangka pendirian saya, ingin saya nyatakan semua yang saya lakukan atas nama ilmu dan pengetahuan tiada kena mengena dengan wang cuma saudara gundam98 sahaja yang sering beranggapan begitu. Edaran saya sebelum ini semuanya adalah DEMO. Saya ingin membantu semua warga CG yang mempunyai masalah dengan FAP 36 kerana saya sudah mempelajari caranya.
Mengapa saya keluarkan edisi 'LIVE' pula. Adakah saya sewenang-wenangnya memberikan anda edisi 'LIVE'. Tahukah saudara gundam98, masalah lain yang dihadapi oleh warga CG yang lain? Ada email yang saya dapat mengatakan FAP dah mahal sekarang. Masa dia beli dulu harga murah. Nak beli lagi FAP tab beri diskaun. Ada pula yang kata, duit tak cukup nak beli FAP yang original. Tahukah anda, apa nasihat saya kepada mereka? Saya tetap suruh mereka guna versi DEMO. Jika mereka berkeras untuk dapatkan edisi 'LIVE', mereka perlu berjanji kepada saya untuk membeli yang original jika mereka sudah berkemampuan. ADAKAH DENGAN ITU, MEROSAKKAN PRINSIP SAYA? Hacking dan pirating adalah berbeza. Saya bukan 'pirate' kerana saya tidak dapat apa-apa hasil kewangan kecuali ucapan terima kasih.
Kenapa perlu saya jual FAP sedangkan saya tiada niat begitu? Apakah motif anda berkata begitu? Hentikan sikap prejudis anda. Pendapatan saya masih cukup untuk tampung keluarga. Apa yang saya mahukan sekarang ni adalah kumpulkan ilmu. Jika saya boleh membantu orang lain dengan ilmu yang saya dapat, bukankah itu lebih berfaedah dari mencari kesalahan orang lain?
Nasihat saya pula kepada anda.
- Cermin diri sendiri.
- Hentikan sikap prejudis dan suka mencari kesalahan orang lain.
- Kaji dulu definisi perkataan supaya anda tidak memperb.o.d.o.hkan diri anda sendiri. Buatlah kajian dahulu.
- Kalau benar pun umur anda setengah abad, anda perlu ada rasa malu kerana ditegur orang yang lebih muda dari anda. Berfikirlah secara rasional.
- Jika pendapatan anda dari hasil titik-peluh orang lain yang anda curi (sememangnya anda akui), cubalah menginsafi diri sendiri.
Jika anda masih tidak berpuas hati dengan cara saya, biarlah kita berbincang secara tertutup supaya tidak memperb.o.d.o.h dan diperb.o.d.o.hkan orang lain. Kalau nak berjumpa secara semuka pun tidak mengapa. Tak perlulah bawa parang, bawa wang dah cukup untuk belanja teh!
Last edited: